Tanda Sudah Bagus Ni!!!!! Pemimpin UMNO dijemput rasmi surau PAS di Pasir Salak

Tanda Sudah Bagus Ni!!!!! Pemimpin UMNO dijemput rasmi surau PAS di Pasir Salak - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tanda Sudah Bagus Ni!!!!! Pemimpin UMNO dijemput rasmi surau PAS di Pasir Salak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tanda Sudah Bagus Ni!!!!! Pemimpin UMNO dijemput rasmi surau PAS di Pasir Salak
link : Tanda Sudah Bagus Ni!!!!! Pemimpin UMNO dijemput rasmi surau PAS di Pasir Salak

Baca juga


Tanda Sudah Bagus Ni!!!!! Pemimpin UMNO dijemput rasmi surau PAS di Pasir Salak

Apa yang bakal menambahkan lagi geram DAP pada PAS ialah apabila  secara simboliknya  Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dijemput merasmikan surau milik penyokong kuat PAS di Simpang tiga, Kampung Sungai Buaya, Seberang Perak pada Ahad.

Untuk rekod PAS sudah berkerat rotan dengan DAP gara-gara penubuhan Parti Amanah (PAN) yang didakwa PAS ditaja oleh DAP.

Dan PAS sendiri bakal bertanding di 40 kerusi dalam PRU ke14 termasuk kawasan yang ditandingi calon-calon DAP, PKR dan PAN. Tidak ada lagi straight fight di Perak dalam PRU ke14 kelak.

Maka tidak hairan jika Tajuddin yang juga Ketua UMNO bahagian Pasir Salak ketika mengulas isu sama menyatakan penghargaan dan rasa terharu undangan merasmikan Musalla Raudhah Khalifatul Iman serta dapat bersama mereka menikmati jamuan rakyat yang diadakan di kampung berkenaan.

Katanya ``saya difahamkan Musalla ini  milik sahabat-sahabat kita  di kawasan ini tapi mereka sebelum ini dari segi politiknya cenderong ke sebelah sana merupakan orang- orang kuat PAS.

``Tapi nampaknya saya turut dijemput untuk bersama-sama mereka dalam satu majlis kenduri rakyat dan merasmikan satu Musalla tempat mereka menunaikan solat . . . . mereka ada minta bantuan  dan saya telah berikan. Dan kerana itu barangkali mereka berasa besar hati lalu menjemput saya pada hari ini untuk merasminya,”katanya.

Tajuddin menyifatkan ia satu perkembangan yang sangat baik kepada penyatuan orang Melayu dan orang islam khusus  dalam kawasan Parlimen Pasir Salak ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Tajuddin meminta orang Melayu supaya bersatu dan dilarang dari bercerai berai , berselisih faham yang membawa kepada kelemahan bangsa Melayu dan orang Islam.

Katanya, pihak musuh sentiasa mengintai-intai mencari jalan dan menunggu peluang untuk mengalahkan umat Islam.

Sementara itu, Tajuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia menyokong cadangan Suruhanjaya Sisatan Diraja menyiasat empat pemimpin berhubung kerugian RM31.5 bilion Bank Negara Malaysia dalam urus niaga mata wang asing pada 1990-an.

Cadangan itu katanya bagi memastikan sama ada wujud alasan yang kukuh bahawa terdapat penyelewengan, salah guna kuasa dan sebagainya dalam urus niaga mata wang asing itu.

``Ya …kalau didapati ada alasan yang kukuh bahawa terdapat penyelewengan atau salahguna kuasa dan sebagainya maka itu sudah melanggar undang-undang.

``Apabila berlaku perlanggaran undang-undang dan kesalahan dilakukan maka memang tindakan mesti diambil tak kiralah sesiapapun, tiada sesiapapun melebihi undang-undang dalam hal ini,’’ katanya.

Beliau mengulas isu Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kerugian RM31.5 bilion  Bank Negara Malaysia dalam urus niaga mata wang asing pada 19990-an mencadangkan empat pemimpin disiasat bagi menentukan sama ada kerugian itu member kesan negatif  yang signifikan ke atas ekonomi. Ia menjejaskan peluang untuk kerajaan dalam membangunkan Negara.

Empat pemimpin yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk  disiasat ialah Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad,  Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Daim Zainuddin.


Demikianlah Artikel Tanda Sudah Bagus Ni!!!!! Pemimpin UMNO dijemput rasmi surau PAS di Pasir Salak

Sekianlah artikel Tanda Sudah Bagus Ni!!!!! Pemimpin UMNO dijemput rasmi surau PAS di Pasir Salak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tanda Sudah Bagus Ni!!!!! Pemimpin UMNO dijemput rasmi surau PAS di Pasir Salak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/tanda-sudah-bagus-ni-pemimpin-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :