Tentera dipenjara, perkosa isteri rakan

Tentera dipenjara, perkosa isteri rakan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tentera dipenjara, perkosa isteri rakan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tentera dipenjara, perkosa isteri rakan
link : Tentera dipenjara, perkosa isteri rakan

Baca juga


Tentera dipenjara, perkosa isteri rakan

Seorang anggota tentera dihukum penjara 13 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini selepas didapati bersalah merogol isteri rakannya ketika menumpang tidur di rumah mangsa, tahun lalu.

Hakim Syafeera Mohd Said menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Koperal Mohd Zulkarnain Abdul Razak, 37, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Beliau turut memerintahkan hukuman penjara terhadap tertuduh berkuat kuasa dari tarikh jatuh hukum (hari ini).

Seramai 10 saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula pada 2016.

Ketika rayuan, peguam tertuduh, Mohd Azhar Mohd Ghazali memohon mahkamah  menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira jasa anak guamnnya kepada negara yang telah 18 tahun berkhidmat dalam pasukan tentera.

“Tertuduh juga mempunyai seorang anak kecil berumur lapan tahun. Jika satu tempoh pemenjaraan yang panjang diberikan, tertuduh akan kehilangan semua keistimewaan yang dikecapi sepanjang perkhidmatan dalam tentera dan anaknya juga akan berhadapan dengan stigma masyarakat dengan pemenjaraan bapanya ini,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, M.Arunjothy memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan serius yang dilakukan tertuduh mengambil kira faktor kepentingan awam, trauma, emosi dan malu yang dihadapi mangsa dan keluarganya ekoran kejadian itu.

Pada 22 Julai 2016, Mohd Zulkarnain mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa berusia 25 tahun 10 bulan di dalam bilik tidur rumah mangsa di sebuah pangsapuri di sini pada jam 3.30 pagi, 12 Julai 2016.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, semasa mangsa sedang tidur bersama anaknya di dalam bilik, mangsa tersedar apabila merasakan dia dihempap dan dalam keadaan gelap dan separuh sedar kerana mengantuk, mangsa merasakan ada berlaku kemasukan ke dalam kemaluannya.

Lalu wanita itu membuka matanya sedikit dan melihat seorang lelaki berkepala botak yang mana mangsa menyangka lelaki itu adalah suaminya kerana suaminya juga berkepala botak.

Tertuduh juga cuba untuk meliwat mangsa menyebabkan mangsa terkejut lalu bangun dan melihat lelaki itu bukan suaminya sebaliknya adalah rakan suaminya yang ketika itu dalam keadaan bogel.

Mangsa menjerit namun tertuduh menyuruh mangsa supaya tidak bising dan dia segera memakai pakaiannya dan meninggalkan mangsa sebelum mangsa menghubungi suaminya yang ketika itu tiada di rumah. Difahamkan tertuduh telah datang ke rumah rakannya itu untuk menumpang tidur selama sehari.

The post Tentera dipenjara, perkosa isteri rakan appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tentera dipenjara, perkosa isteri rakan

Sekianlah artikel Tentera dipenjara, perkosa isteri rakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tentera dipenjara, perkosa isteri rakan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/tentera-dipenjara-perkosa-isteri-rakan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :