link : Transformasi Suria FM tahun depan
Transformasi Suria FM tahun depan
MENITI usianya yang kini melebihi sedekad, stesen radio Suria FM bakal menjalani transformasi bermula pada tahun hadapan dalam memastikan dua juta pendengar setianya tetap teguh bersama radio berkenaan.
Pengurus Program Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin berkata, kepercayaan yang diberikan oleh pihak pengurusan Star Media Radio Group Sdn Bhd kepadanya untuk menguruskan keseluruhan segmen yang terdapat di radio berkenaan membuatkan beliau dan penyampai radio berkenaan yang lain turut bersemangat dalam memberi nafs baru kepada kandungan stesen radio berkenaan.
“Dengan rasa tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh pihak pengurusan menjadikan kita yang bertugas di Suria FM ini lebih bersemangat dalam memberikan pengalaman dan skil yang kita ada untuk membawa stesen radio ini ke tahap terbaik.
“Malah, boleh saya katakan juga bermula pada 1 Januari hadapan, Suria FM akan hanya memainkan lagu hits dari penyanyi tanahair dan antarabangsa yang pernah mencipta nama dimana kita juga mungkin pernah membesar dengan lagu berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Darulaman Park, Jitra hari ini.
Tambahnya yang juga penyampai segmen Suria Cinta yang bersiaran di stesen radio itu, transformasi yang dilakukan oleh stesen berkenaan juga akan membabitkan susunan lagu yang bakal dimainkan di Suria FM.
“Untuk transformasi ini juga, kita akan membawa masuk orang yang pakar dalam mengendalikan susunan lagu yang betul dalam memastikan pendengar tidak bosan atau bertukar ke stesen radio lain.
“Malah, orang yang mengendalikan susunan lagu ini juga akan mengikut formula saya ketika mengendalikan segmen Suria Cinta dimana segmen itu sendiri sudah bertahan selama 17 tahun di radio sehingga mempunyai ‘rating’ yang tinggi serta pengikut yang ramai,” katanya.
Beliau berkata, dua atau tiga penyampai radio yang baru dijangka akan menyertai Suria FM dan tanpa mendedahkan identiti penyampai berkenaan, kemasukan mereka akan bermula Januari hadapan.
“Selaras dengan transformasi itu juga, dua atau tiga penyampai baru dijangka akan menjadi ‘muka baru’ di Suria FM bermula Januari nanti dan apa yang saya boleh katakan adalah keutamaan pemilihan penyampai baru yang kini berada di stesen radio lain ini adalah daripada mereka yang cukup terkenal serta berpengalaman dalam bidang penyiaran radio.
“Penyampai radio ini mempunyai aura tersendiri yang mampu menarik pendengar supaya terus ‘melekat’ dengan Suria FM dn dalam hal ini, perkara berkenaan juga turut memainkan peranan penting dalam kelangsungan stesen radio ini untuk bersaing secara sihat dengan stesen radio lain yang banyak terdapat di luar sana,” katanya.
DJ Lin berkata, bagi memastikan kandungan segmen yang ditampilkan kepada pendengar itu menarik dan terus relevan dengan keadaan semasa, beliau sering mengadakan perbincangan bersama penyampai radio yang lain di stesen itu bagi berbincang kandungan yang menarik untuk ditampilkan pada segmen masing-masing.
Selain DJ Lin, Suria FM turut dibarisi oleh penyampai seperti Zulin Aziz, Fizi Ali, Brian, Tyzo, Suraya dan Bob Ringgo.
Sementara itu, sempena meraikan sambutan 10 tahun operasi stesen radio berkenaan, satu konsert penghargaan kepada pendengar setia radio itu akan diadakan di Darulaman Park, Jitra hari ini bermula jam 8.30 malam, hari ini.
Antara artis yang akan memeriahkan konsert berkenaan adalah Awie, Tomok, Black, Wany Hasrita, Hazama, Azlan dari The Typewriter, Bunkface, De’ Fam serta penyampai Suria FM.
The post Transformasi Suria FM tahun depan appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Transformasi Suria FM tahun depan
Anda sekarang membaca artikel Transformasi Suria FM tahun depan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/transformasi-suria-fm-tahun-depan.html