link : Umno 'lillahi taala' terjemahan khidmat cemerlang kepada rakyat - Norzula
Umno 'lillahi taala' terjemahan khidmat cemerlang kepada rakyat - Norzula
SHAH ALAM: Seorang pemimpin Umno Kelantan hari ini mempertahankan Tan Sri Annuar Musa yang dikritik Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan Ahli Parlimen Ketereh itu yang menyifatkan Umno sebagai parti 'lillahi taala'.
ADUN Paloh, Datuk Norzula Mat Diah berkata ayat yang bermaksud 'Umno kerana Allah' itu tidak perlu dipolitikkan, sebaliknya sekadar terjemahan khidmat terbaik yang diberikan Umno terhadap rakyat selama ini.
Dr Mahathir, menerusi posting di blognya mengepilkan klip video yang menunjukkan Annuar, yang juga Ketua Penerangan Umno, berucap di hadapan ahli-ahli Umno di Ketereh yang kemudian mengajak mereka bangun untuk melaungkan 'Umno lillahi taala'.
Dalam posting itu, Dr Mahathir mengitar tuduhan Umno terbabit dengan kecurian malah melakukan pelbagai penipuan dan rasuah demi memenangi pilihan raya.
"Yang kita rujuk (Lillahi Taala) perkara-perkara baik, sepeti pembangunan, itu semua Lillahi Taala. Kita tahulah Dr Mahathir, ketika dia memerintah dahulu tak kata apa, sekarang pula hendak kritik kerana hendak tunjuk Umno buruk," katanya kepada Antarapos.
Norzula, yang juga Ketua Pembangkang Kelantan kemudiannya menyifatkan Dr Mahathir lebih 'teruk' ketika zaman pentadbirannya, berbanding pemimpin yang ada pada hari ini.
"Dr Mahathir lebih diktator, orang tak boleh kritik apa pun. Dia tangkap terus (tahan) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," ujarnya.
Dr Mahathir dalam pada itu memberi 'saranan' kepada Annuar supaya menjunjung Al-Quran dan melafazkan bahawa 'dunia tahu dilakukan oleh Umno adalah kerana Allah'.

Demikianlah Artikel Umno 'lillahi taala' terjemahan khidmat cemerlang kepada rakyat - Norzula
Sekianlah artikel Umno 'lillahi taala' terjemahan khidmat cemerlang kepada rakyat - Norzula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Umno 'lillahi taala' terjemahan khidmat cemerlang kepada rakyat - Norzula dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/umno-lillahi-taala-terjemahan-khidmat.html