link : UMNO sokong Seai Kie tanding di parlimen Gopeng
UMNO sokong Seai Kie tanding di parlimen Gopeng
Tidak perlu berteka teki lagi Ketua Wanita MCA kebangsaan Datuk Heng Seai Kie dianggap oleh UMNO bahagian Gopeng sebagai calon BN paling sesuai merampas semula parlimen Gopeng dalam PRU ke14.
Pandangan ini disuarakan Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Senator Datuk Hamzah Kassim yang turut meminta pengundi menolak pembangkang yang selama ini telah mengabai dan mensia-siakan kebajikan mereka serta gagal membawa pembangunan untuk faedah rakyat.
Untuk rekod Parlimen Gopeng dimenangi calon PKR Dr Lee Boon Chye yang menewaskan calon BN, Tan Chin Meng dengan majoriti 15,309 undi pada PRU ke-13 lalu. Calon PKR itu mendapat 47,558 undi berbanding Ching Meng, 32,249 undi.
Menurut Hamzah, Datuk Heng yang juga Penasihat Hal Ehwal Perpaduan dan Integriti Jabatan Perdana Menteri mesti dimenangkan bagi memastikan peruntukan tahunan RM7 juta kepada ahli parlimen dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat Gopeng.
Bagi Hamzah, peluang BN merampas semula parlimen Gopeng cerah jika semua peringkat dapat memberikan kerjasama secara kolektif serta “tunaikan tanggungjawab dengan keluar mengundi.”
``Jangan kerah orang tapi dia tak mengundi. . . semua kena mengundi, tunai tanggungjawab beri kemenangan kepada BN yang akhirnya kita dapat peruntukan itu
``Apa nak harapkan Lee Boon Chye....dia kosong...dia tak dapat peruntukan... apa nak tolong rakyat.... dia hilang... dia jaga hospital pakar sebagai ahli Parlimen apa dia buat?.'' tanya Hamzah
Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis perasmian pemasangan lampu lampu isyarat baharu di Simpang Pulai-Ipoh di persimpangan Taman Bersatu, Ipoh baru-baru ini.
Penasihat Hal Ehwal Perpaduan dan Integriti Jabatan Perdana Menteri, Datuk Heng Seai Kie telah menyempurnakan perasmian majlis itu yang turut dihadiri jentera dan pemimpin parti komponen BN Gopeng.
Hamzah dalam ucapannya turut meminta pengundi agar tidak lupa untuk memastikan kemenangan BN bagi kerusi DUN Sungai Rapat, Teja dan Simpang Pulai pada pilihan raya nanti.
``Jangan kita lupa N43 Sungai Rapat...kena menangkan dan juga Teja...kita menangkan Simpang Pulai...kalau menang baik tapi kalau tak boleh menang kita tambah lagi pengundi ..biar kita dapat majoriti yang baik berbanding yang sudah.'' ujarnya.
Sementara itu Datuk Heng dalam ucapannya berkata, pemasangan lampu isyarat di persimpangan itu yang bernilai RM400,000 dan mula beroperasi hari ini membuktikan kesungguhan kerajaan BN dalam mengutamakan tuntutan dan kepentingan rakyat.
Katanya, projek pemasangan lampu isyarat ini juga sekaligus berjaya menyangkal dakwaan palsu pembangkang sebelum ini yang kononnya pelaksanaan projek berkenaan adalah hasil usaha mereka.
Menurut Heng pemasangan lampu isyarat itu memberi manfaat kepada kira-kira 3,000 penduduk sekitar serta 10,000 pengguna jalan raya lain yang melalui laluan tersebut setiap hari.
``Ia diharap dapat memberi kesan ketara kepada aliran lalu lintas terutama pada waktu puncak bagi pengguna kenderaan yang menggunakan laluan ini ke pusat bandar raya Ipoh dan laluan alternatif ke Kuala Lumpur.'' katanya.
Beliau berkata, pemasangan lampu isyarat ini juga dapat memenuhi permintaan penduduk setempat yang mahukan pemasangan lampu isyarat sejak 2004.
Demikianlah Artikel UMNO sokong Seai Kie tanding di parlimen Gopeng
Sekianlah artikel UMNO sokong Seai Kie tanding di parlimen Gopeng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel UMNO sokong Seai Kie tanding di parlimen Gopeng dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/umno-sokong-seai-kie-tanding-di.html