Wanita disiat-siat anjing pit bull sendiri

Wanita disiat-siat anjing pit bull sendiri - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wanita disiat-siat anjing pit bull sendiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wanita disiat-siat anjing pit bull sendiri
link : Wanita disiat-siat anjing pit bull sendiri

Baca juga


Wanita disiat-siat anjing pit bull sendiri

 Mayat seorang wanita yang ditemui dalam keadaan ngeri di daerah Goochland, Virginia didakwa dibunuh dua ekor anjing peliharaannya.

BBC melaporkan polis menemui mayat Bethany Stephens, 22 yang dikawal dua anjing tersebut Jumaat lalu.

Keadaan mayat mangsa ‘terlalu ngeri’ bersama-sama cebisan pakaian mangsa yang bertaburan di sekeliling mayat, kata polis.

“Saya nampak dan empat lagi anggota polis nampak anjing-anjing berkenaan mengunyah di bahagian tulang rusuk mayat,” jelas Sheriff, Jim Agnew.

Polis berkata sedemikian dalam satu sidang media yang diadakan untuk menerangkan bagaimana mangsa maut.

“Kecederaan trauma terawal adalah di bahagian tekak dan muka mangsa.

“Nampaknya mangsa dijatuhkan, pengsan dan anjing-anjingnya mula menyiat mangsa,” kata Agnew.

Tambah Agnew, beliau pada mulanya tidak mahu mendedahkan hasil siasatan tersebut, terutamanya tanpa keizinan keluarga mangsa.

Pendedahan dibuat selepas timbul khabar angin berkenaan kematian mangsa dan polis tidak mahu penduduk setempat risau mengenai pembunuh yang sedang bebas.

Sementara itu, kedua-dua ekor anjing jenis pit bull peliharaan mangsa telah dimatikan dengan izin keluarga mangsa.

Orang ramai pula mempersoalkan bagaimana anjing-anjing berkenaan tergamak menyerang Stephens yang membesarkan mereka sejak kecil.

The post Wanita disiat-siat anjing pit bull sendiri appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Wanita disiat-siat anjing pit bull sendiri

Sekianlah artikel Wanita disiat-siat anjing pit bull sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wanita disiat-siat anjing pit bull sendiri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/wanita-disiat-siat-anjing-pit-bull.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :