Zaid Dakwa Hina Sultan Cuma Kesalahan Kecil Aje

Zaid Dakwa Hina Sultan Cuma Kesalahan Kecil Aje - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zaid Dakwa Hina Sultan Cuma Kesalahan Kecil Aje, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zaid Dakwa Hina Sultan Cuma Kesalahan Kecil Aje
link : Zaid Dakwa Hina Sultan Cuma Kesalahan Kecil Aje

Baca juga


Zaid Dakwa Hina Sultan Cuma Kesalahan Kecil Aje

BIADAB… Meskipun berdepan kemurkaan Sultan Selangor, Datuk Zaid Ibrahim menegaskan tidak akan memohon maaf kerana mempertikai titah baginda yang menegur Tun Mahathir Mohamad.

Zaid malahan dengan nada angkuh juga mempertahankan kenyataan beliau menerusi akaun Twitter baru-baru ini yang didakwa konon bukan satu kesalahan jenayah, sebaliknya hanya berniat untuk menegur pemimpin tertentu.

“Saya rasa saya tidak ada buat silap, maaf itu kalau kita bersalah, ini kecil saja ni. Memang tweet itu saya tujukan kepada Sultan Selangor, namun apa yang kesalahan saya lakukan sehingga saya perlu memohon maaf?.

“Nak kata saya bersalah atau tidak kena tunggu siasatan polis dululah, bicara di mahkamah, mahkamah tentukan. Polis akan siasat saya, setakat ini polis belum panggil lagi. Saya akan bagi penjelasan tidak ada masalah,” katanya.

Portal AgendaDaily melaporkan Zaid berkata demikian pada majlis Dialog Bersama Rakyat sempena perasmian bilik gerakan Pakatan Harapan di Wakaf Siku Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payung, Wakaf Siku, Kota Bahru malam Jumaat.

Sebelum ini, Zaid menerusi akaun Twitternya mempertikaikan titah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang antara lain menegur tokoh veteran pembangkang Mahathir berhubung kenyataan biadab bekas Perdana Menteri itu hina Bugis.

Menerusi kenyataan di media sosial itu, Zaid bertindak balas dengan memberitahu Sultan Sharafuddin supaya konon harus lebih berhati-hati dengan kata-kata baginda kerana tiada siapa yang kebal apabila negara terbakar.

Tindakan itu telah mengundang kemurkaan Sultan Sharafuddin yang turut menyifatkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang keluar UMNO dan pernah menyertai PKR dan kini DAP; sebagai seorang yang biadab.

Dalam masa sama, Sultan Sharafuddin juga mengingatkan Zaid agar pulang sahaja ke Kelantan jika tidak bersetuju dengan teguran baginda dalam isu Mahathir sehingga sanggup membuat kenyataan kurang ajar seperti itu.

Pihak polis dijangka membuka kertas siasatan terhadap catatan Zaid tersebut selepas menerima banyak laporan daripada pelbagai pihak di sekitar Lembah Klang kelmarin. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Demikianlah Artikel Zaid Dakwa Hina Sultan Cuma Kesalahan Kecil Aje

Sekianlah artikel Zaid Dakwa Hina Sultan Cuma Kesalahan Kecil Aje kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zaid Dakwa Hina Sultan Cuma Kesalahan Kecil Aje dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/zaid-dakwa-hina-sultan-cuma-kesalahan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :