Zaid Ibrahim biadap... Sultan Selangor murka...

Zaid Ibrahim biadap... Sultan Selangor murka... - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zaid Ibrahim biadap... Sultan Selangor murka..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zaid Ibrahim biadap... Sultan Selangor murka...
link : Zaid Ibrahim biadap... Sultan Selangor murka...

Baca juga


Zaid Ibrahim biadap... Sultan Selangor murka...

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kemurkaan terhadap ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim dan dalam nada keras, baginda menyifatkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai seorang yang biadab.

Baginda yang jelas berdukacita dengan tindak-tanduk Zaid itu bertitah, Zaid sengaja memutar-belitkan kenyataannya mengenai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan cuba mengheret kepada isu politik.

Malah tanpa berselindung, Sultan Sharafuddin mengingatkan ahli DAP tersebut agar pulang sahaja ke Kelantan, jika tidak bersetuju dengan teguran baginda dalam isu Dr. Mahathir sehingga sanggup membuat kenyataan yang bersifat biadab seperti itu.

“Saya dukacita dengan komen Zaid Ibrahim dalam Twitternya yang mengulas kenyataan saya (mengenai Dr. Mahathir) dalam akhbar The Star. Saya minta Zaid Ibrahim baca dengan teliti kenyataan saya dan dapatkan fakta yang betul sebelum buka mulut.

“Dia duduk di Selangor, baliklah Kelantan kalau tak setuju, buat rumah besar-besar dan tolong rakyat Kelantan. Jangan cari rezeki di Selangor,” titah baginda dalam temubual eksklusif bersama Utusan Malaysia di Istana Alam Shah.

Yang turut sama dalam temubual tersebut ialah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak; Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah dan Pengarang Rencana Mingguan Malaysia, Hafizaril Hamid.

Sultan Sharafuddin menerusi wawancara khas dengan The Star menyatakan kebimbangan baginda dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang sengaja mengeksploitasi isu kaum, agama dan lain-lain perkara sensitif dalam usaha meraih undi.

Titah baginda, tindakan seumpama itu dilihat akan meletakkan negara ke arah kehancuran, yang mana isu tersebut sentiasa menjadi perkara yang dibincangkan serta dibimbangi oleh ke­semua sembilan raja Melayu.

Dalam wawancara tersebut, baginda turut menegur Dr. Mahathir yang sebelum ini menghina etnik Bugis dengan menyifatkan bekas Perdana Menteri itu sebagai pemimpin yang mempunyai sifat inferiority complex (rendah diri) serta diselubungi perasaan kebencian.

Bagaimanapun pandangan ba­ginda dipertikai Zaid apabila bekas menteri itu dipetik sebagai berkata: “Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar.”

Mengupas tuduhan itu, Sultan Sharafuddin mengingatkan Zaid agar tidak perlu mengajarnya ke­rana baginda sememangnya cukup berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan tetapi teguran ke atas Dr. Mahathir dibuat atas kapasiti sebagai raja dan bukannya bermotifkan politik.

“Saya sedar, Zaid selalu mengeluarkan komen yang tidak benar dan tidak tepat mengenai saya, dari dulu. Zaid adalah seorang ahli politik serta bekas menteri dan saya faham dari dulu lagi Zaid kuat menentang institusi raja.

“Nasihat saya kepada Zaid satu sahaja, janganlah kita jadi seperti kacang lupakan kulit dan janganlah musnahkan orang Melayu. Saya percaya Zaid tahu apa yang saya maksudkan,” titah baginda lagi.


Demikianlah Artikel Zaid Ibrahim biadap... Sultan Selangor murka...

Sekianlah artikel Zaid Ibrahim biadap... Sultan Selangor murka... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zaid Ibrahim biadap... Sultan Selangor murka... dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/zaid-ibrahim-biadap-sultan-selangor.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :