Amanat Hadi: Dr M cuba tutup 'bangkai gajah' dengan daun nyiru

Amanat Hadi: Dr M cuba tutup 'bangkai gajah' dengan daun nyiru - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amanat Hadi: Dr M cuba tutup 'bangkai gajah' dengan daun nyiru, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amanat Hadi: Dr M cuba tutup 'bangkai gajah' dengan daun nyiru
link : Amanat Hadi: Dr M cuba tutup 'bangkai gajah' dengan daun nyiru

Baca juga


Amanat Hadi: Dr M cuba tutup 'bangkai gajah' dengan daun nyiru

SHAH ALAM: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus diselar pemimpin PAS ekoran sekali lagi menyerang parti itu dengan mengitar semula segala tuduhan dan fitnah berhubung Amanat Hadi.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Dr Mahathir tidak pernah insaf dan masih lagi cuba menutup 'bangkai gajah' (kesilapan yang dilakukan) beliau dengan daun nyiru.

Jelas beliau, amanat berkenaan ditulis untuk memberi penjelasan kepada masyarakat bahawa PAS menentang Umno kerana ia mengekalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliah.

"Amanat itu adalah respon semasa terhadap pemikiran pemimpin negara seperti Mahathir ketika itu yang menganggap politik suku, agama suku sedangkan ia bercanggah dengan prinsip Islam.

"Islam tidak boleh dipisahkan dengan politik.

"Amanat itu menggariskan sempadan iman dan kufur. Bukan tugas pendakwah mengkafirkan individu muslim tetapi kewajipan pendakwah menjelaskan sebab yang boleh membawa kepada kekufuran," katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebooknya.

Susulan itu, amanat berkenaan dituduh sebagai punca orang Melayu berpecah kepada PAS dan Umno sehingga menyebabkan tuduhan kafir-mengkafir, solat dua imam dan pemulauan aktiviti masyarakat.

Sabtu lalu, Dr Mahathir membidas mufti-mufti kerana gagal menegur PAS yang didakwanya mengkafirkan sesiapa yang tidak menyertai PAS.

Malah katanya lagi, sikap berdiam diri mufti ini juga telah membuahkan Amanat Hadi yang semakin menghangatkan polemik isu kafir mengkafir.

Walau bagaimanapun Khairuddin tetap mempertahankan bahawa tragedi Memali adalah berpunca daripada kezaliman pemerintah ketika itu yang diterajui Dr Mahathir.

Peristiwa Memali tercetus pada 19 November 1985 iaitu pada era pemerintahan Dr Mahathir, ekoran tindakan pihak keselamatan mahu menahan seorang guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya atas dakwaan mengancam keselamatan negara.

Pertempuran antara pihak keselamatan dengan penduduk kampung akhirnya mengorbankan 18 orang termasuk guru agama itu beserta empat anggota polis, dengan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.


Demikianlah Artikel Amanat Hadi: Dr M cuba tutup 'bangkai gajah' dengan daun nyiru

Sekianlah artikel Amanat Hadi: Dr M cuba tutup 'bangkai gajah' dengan daun nyiru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amanat Hadi: Dr M cuba tutup 'bangkai gajah' dengan daun nyiru dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/amanat-hadi-dr-m-cuba-tutup-bangkai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :