ANGAN-ANGAN MAT JENIN : PAS ATAU DR MAHATHIR?

ANGAN-ANGAN MAT JENIN : PAS ATAU DR MAHATHIR? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ANGAN-ANGAN MAT JENIN : PAS ATAU DR MAHATHIR?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ANGAN-ANGAN MAT JENIN : PAS ATAU DR MAHATHIR?
link : ANGAN-ANGAN MAT JENIN : PAS ATAU DR MAHATHIR?

Baca juga


ANGAN-ANGAN MAT JENIN : PAS ATAU DR MAHATHIR?

KETIKA ditanya reaksi kenyataan Tun Dr. Mahathir mengenai hasrat Pas untuk bertanding di 130 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai angan-angan Mat Jenin, Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang hanya tersenyum dan secara sinis menjawab kritikan bekas Perdana Menteri itu.

Kata Abdul Hadi, Pas mempunyai 195 kawasan di seluruh negara termasuk mempunyai jentera yang kuat untuk melaksanakan kerja-kerja dalam menghadapi pilihan raya akan datang, sedangkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai Dr. Mahathir itu terus bergelumang dengan masalah dalaman.

Dalam nada menyindir, Abdul Hadi turut mempersoalkan Dr. Mahathir bagaimana hendak mentadbir negara sedangkan soal pengagihan kerusi dalam PPBM sendiri masih belum selesai sehingga mencetuskan pergaduhan sesama sendiri.

Sindiran Abdul Hadi itu sememangnya ada asasnya, PPBM sehingga hari ini masih belum mampu menyelesaikan soal pengagihan kerusi sehingga ada dalam kalangan ahli mereka membuat kecoh kerana tidak berpuas hati dalam isu berkenaan.

Malah Dr. Mahathir sendiri juga dilihat semakin terdesak untuk memenangi pilihan raya dan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga sanggup meminta campur tangan asing apabila bertemu dengan 16 duta dari negara-negara Kesatuan Eropah (EU).

Secara logiknya, Pas dilihat lebih bersedia menghadapi pilihan raya meskipun bergerak sendirian dan terus ditekan oleh Dr. Mahathir dengan pelbagai kenyataan memperlekeh dan menghina parti itu.

Dalam kalangan pemimpin atasan Pas, mereka tidak mudah melatah, setiap serangan yang dilontarkan Dr. Mahathir itu dipatahkan dengan mudah selain memberi hujah-hujah yang akhirnya berbalik kepada batang hidung Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP itu sendiri.

Bak kata Ahli Jawatankuasa Pas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz ketika ditemui baru-baru ini, dengan ‘angan-angan Mat Jenin’ lah Pas semakin kuat sehingga berjaya menawan Kelantan pada zaman pemerintahan Dr. Mahathir sendiri.

Tambah Nik Mohamad Abduh lagi, disebabkan angan-angan Mat Jenin itu jugalah Pas masih menguasai Kelantan sehingga Dr. Mahathir dan pengantinya selepas itu masih tidak berupaya merampas negeri tersebut.

Jadinya sekarang, siapa sebenarnya yang ‘angan-angan Mat Jenin’ – Pas atau Dr. Mahathir itu sendiri? – UTUSAN ONLINE


Demikianlah Artikel ANGAN-ANGAN MAT JENIN : PAS ATAU DR MAHATHIR?

Sekianlah artikel ANGAN-ANGAN MAT JENIN : PAS ATAU DR MAHATHIR? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ANGAN-ANGAN MAT JENIN : PAS ATAU DR MAHATHIR? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/angan-angan-mat-jenin-pas-atau-dr.html

Subscribe to receive free email updates: