link : Apa Plak Pandangan Anda Semua....?
Apa Plak Pandangan Anda Semua....?
Majlis Fatwa isytihar Amanah Hadi sebagai sesat, kata Asri
SHAH ALAM: Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengisytiharkan 'Amanat Hadi' sebagai sesat.
Asri mendakwa 'Amanat Hadi' menjadi punca kepada peristiwa berdarah Memali yang berlaku pada tahun 1985 yang membawa kepada perpecahan umat Islam di Malaysia.
“Amanat itu nyata sekali mengisytiharkan perlembagaan negara ini sebagai kafir dan rakyat harus berjihad terhadap mana-mana orang yang berpegang pada Perlembagaan.
“Kandungan amanat itu, jika ia dilaksanakan, akan menjadi lebih berbahaya daripada kepercayaan pengikut Islam (IS) sekarang,” katanya memetik laporan New Strais Times, semalam.
Reaksi Asri itu menyusul selepas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoal tindakan golongan mufti yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap 'Amanat Hadi' yang kemudiannya membawa kepada tragedi di Memali, Kedah.
Seramai 13 orang terbunuh termasuk seorang guru agama, Ibrahim Mahmud, atau dikenali sebagai Ibrahim Libya terkorban dalam operasi pihak berkuasa untuk menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, selepas kerajaan menuduh beliau membawa ajaran sesat.
Turut terkorban adalah empat anggota polis.
Dalam mesyuarat agung PPBM Sabtu lalu, Dr Mahathir turut menyebut bahawa tragedi itu boleh dielakkan sekiranya mufti memainkan peranannya menangkis fahaman yang tidak betul terhadap 'Amanat Hadi'.
Hadi dalam ucapan itu didakwa mengatakan PAS menentang Umno kerana ia mengekalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliah.
Amanat itu dituduh sebagai punca orang Melayu berpecah kepada PAS dan Umno sehingga menyebabkan tuduhan kafir-mengkafir, solat 2 imam dan pemulauan aktiviti masyarakat.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada semalam ketika diajukan serangan terbaru Dr Mahathir itu berkata, tindakan golongan mufti berdiam diri ketika itu disebabkan oleh 'campur tangan politik' dalam pentadbiran.

Demikianlah Artikel Apa Plak Pandangan Anda Semua....?
Sekianlah artikel Apa Plak Pandangan Anda Semua....? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Apa Plak Pandangan Anda Semua....? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/apa-plak-pandangan-anda-semua.html