AZMIN DIDAKWA SALAH GUNA ‘SELANGORKINI’ UNTUK POLITIK SENDIRI

AZMIN DIDAKWA SALAH GUNA ‘SELANGORKINI’ UNTUK POLITIK SENDIRI - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AZMIN DIDAKWA SALAH GUNA ‘SELANGORKINI’ UNTUK POLITIK SENDIRI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AZMIN DIDAKWA SALAH GUNA ‘SELANGORKINI’ UNTUK POLITIK SENDIRI
link : AZMIN DIDAKWA SALAH GUNA ‘SELANGORKINI’ UNTUK POLITIK SENDIRI

Baca juga


AZMIN DIDAKWA SALAH GUNA ‘SELANGORKINI’ UNTUK POLITIK SENDIRI

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diminta memantau dan mengambil tindakan tegas, seperti menghentikan pengedaran akhbar rasmi kerajaan negeri ‘Selangorkini’, di masjid-masjid Selangor yang dilihat lebih banyak melaporkan berita politik khususnya membabitkan aktiviti Pakatan Harapan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata akhbar percuma kerajaan negeri itu yang diterbitkan menggunakan duit rakyat sepatutnya melaporkan lebih banyak berita mengenai pembangunan di Selangor.

“Kalau berterusan diedarkan di masjid seolah-olah JAIS abai titah Sultan Selangor sebab ini jelas menunjukkan akhbar itu telah menjadi akhbar politik.

“Ketika zaman Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jadi Menteri Besar Selangor, saya lihat Selangorkini tidak cerita politik sangat tetapi lebih kepada program menteri besar dan kerajaan negeri. Akhbar ini perlu kembali semula kepada tujuan asal ia diterbitkan,” katanya dalam sidang media bersempena program turun padang ke Kampung Sri Tiram Jaya semalam.

Beliau mendakwa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyalahgunakan ‘Selangorkini’ untuk berkempen politik menjelang pilihan raya umum ke-14.

“Apa yang ‘dihidangkan’ sekarang (oleh Selangorkini) adalah mengenai program yang tiada kaitan dengan pembangunan di Selangor seperti program politik Mohamed Azmin di negeri lain, berkaitan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peletakan calon Perdana Menteri.

“Kita tidak halang penerbitan akhbar ini kerana kita amalkan kebebasan akhbar tetapi kena ingat jangan guna duit rakyat untuk kempen politik,” katanya.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata tindakan Mohamed Azmin itu juga secara tidak langsung mengingkari titah Sultan Selangor yang melarang masjid dijadikan tempat untuk berpolitik.

Terdahulu, beliau meluluskan peruntukan sebanyak RM775,000 untuk pembangunan di kampung itu seperti membaiki rumah dan menaik taraf bumbung gelanggang futsal. – BERNAMA


Demikianlah Artikel AZMIN DIDAKWA SALAH GUNA ‘SELANGORKINI’ UNTUK POLITIK SENDIRI

Sekianlah artikel AZMIN DIDAKWA SALAH GUNA ‘SELANGORKINI’ UNTUK POLITIK SENDIRI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AZMIN DIDAKWA SALAH GUNA ‘SELANGORKINI’ UNTUK POLITIK SENDIRI dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/azmin-didakwa-salah-guna-selangorkini.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :