Elaine Daly selektif pilih watak, seiring komitmen

Elaine Daly selektif pilih watak, seiring komitmen - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Elaine Daly selektif pilih watak, seiring komitmen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Elaine Daly selektif pilih watak, seiring komitmen
link : Elaine Daly selektif pilih watak, seiring komitmen

Baca juga


Elaine Daly selektif pilih watak, seiring komitmen

PELAKON dan model, Elaine Daly akui pada fasa sekarang, dia lebih gemar lakukan kerja di sebalik tabir selain beri fokus penuh terhadap keluarga.

Katanya, komitmen terhadap kerjaya baru sebagai salah seorang ‘tulang belakang’ kepada platform strem video Malaysia, Hurr.tv memberi lebih banyak peluang untuk dia terus berkarya.

“Kalau nak dikatakan berhenti berlakon, tidaklah. Cuma buat masa ini, saya lebih selesa beri sepenuh perhatian kepada produksi Hurr.tv selain Miss Universe Malaysia. Pada masa sama, saya pun tengah mengandung anak kedua. Jadi selain kerja, kena dapatkan rehat yang cukup,” kongsi Elaine kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, jelas Elaine, dia tidak akan melepaskan peluang jika tawaran berlakon itu hadir tepat pada masanya.

“Siapa tahu, jika selepas ini ada naskhah bagus yang datang dan masa pun mengizinkan sudah pasti saya akan terima. Kena lebih selektif berbanding dulu. Apa pun, saya sudah lama tidak berlakon. Kali terakhir pada Aidilfitri lalu. Cuma buat masa sekarang, biarlah saya beri komitmen terhadap kerja lain terlebih dahulu.

“Setakat ini semuanya berjalan seperti  diharapkan dan saya bertuah kerana suami juga banyak memberi dorongan,” kongsi Elaine yang turut merancang mahu menerbitkan beberapa drama pendek dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan lain, bekas Ratu Malaysia/Universe 2003 ini juga tidak dapat menyembunyikan keterujaannya apabila usia kandungannya sudah mencecah empat bulan.

“Awal tiga bulan pertama, saya alami alahan yang agak teruk. Sekarang semuanya baik- baik saja. Anak sulung kami pun tak sabar untuk ada ahli keluarga baru yang bakal lahir,” katanya.

Elaine berkahwin dengan suaminya, seorang doktor asal Afrika Selatan, Nick Boden pada Disember 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Eva Jean Boden, dua tahun setengah.

The post Elaine Daly selektif pilih watak, seiring komitmen appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Elaine Daly selektif pilih watak, seiring komitmen

Sekianlah artikel Elaine Daly selektif pilih watak, seiring komitmen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Elaine Daly selektif pilih watak, seiring komitmen dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/elaine-daly-selektif-pilih-watak.html

Subscribe to receive free email updates: