link : Era pemerintahan Najib lebih baik...Alhamdulilah
Era pemerintahan Najib lebih baik...Alhamdulilah
GUA MUSANG 11 Jan. - Kerajaan Pas Kelantan menyifatkan era pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah jauh lebih baik berbanding era Tun Dr. Mahathir Mohamad terutama dalam konteks pembangunan di negeri ini.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, keadaan amat berbeza kerana ketika zaman Dr. Mahathir, hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan boleh dikatakan sebagai tegang.
“Mungkin waktu itu sikap Barisan Nasional (BN) terutama para pemimpin di bawah Dr. Mahathir yang menyebabkan ketegangan berlaku. Keadaan ini menyebabkan kerajaan Pusat mengetepikan segala kemajuan untuk Kelantan.
“Jika kita guna bahasa kasar kita memang ‘dianak tirikan’ pada waktu tu. Tetapi Alhamdulillah, era Perdana Menteri sekarang ini hubungan antara negeri dengan Pusat bertambah baik dan banyak pembangunan berlaku di Kelantan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pelancaran Petak Kajian Pokok Eucalyptus Negeri Kelantan di Hutan Simpan Betis, Lojing, di sini, hari ini.
Majilis itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, Pengarah Perhutanan negeri, Datuk Zahari Ibrahim dan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Taufik Maidin.
Mohd. Amar juga Naib Presiden Pas berkata, zaman Dr. Mahathir sepatutnya sudah berlalu dan tidak perlu diulang tayang semula seperti dilakukan pakatan pembangkang hari ini.
“Zaman dia sudah berlalu. Sebab itu apabila Pakatan Harapan (PH) mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, kita anggap sebenarnya dia sudah undur ke belakang,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Demikianlah Artikel Era pemerintahan Najib lebih baik...Alhamdulilah
Sekianlah artikel Era pemerintahan Najib lebih baik...Alhamdulilah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Era pemerintahan Najib lebih baik...Alhamdulilah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/era-pemerintahan-najib-lebih.html