link : Farid Kamil tak pernah berkasar dengan sesiapa : Azhan Rani
Farid Kamil tak pernah berkasar dengan sesiapa : Azhan Rani
BERITA penahanan pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil, Khamis lalu bukan hanya menarik perhatian netizen tetapi juga rakan-rakan selebriti yang tidak putus menyatakan sokongan sebagai tanda prihatin mereka.
Terbaru, rakan artis Azhan Rani dilihat turut hadir ke mahkamah semalam ketika perintah tahanan reman ke atas Farid dilanjutkan sehari lagi.
Menurut Azhan, dia hadir ke mahkamah untuk melihat sendiri keadaan Farid setelah mendengar cerita pelbagai versi berkenaan penahanan pelakon ini semenjak Khamis lalu.
“Saya tolak tepi apa pun kesalahannya buat masa ini kerana percaya dia sangat memerlukan sokongan dari rakan-rakan dalam keadaan ini.
“Farid bukan sahaja rakan artis, tetapi juga merupakan bekas pelajar saya ketika bergelar tenaga pengajar di UiTM beberapa tahun lalu.
“Saya benar-benar terkesan melihat imej dan keadaan dia ketika mula-mula dibawa ke mahkamah beberapa hari lalu dan sukar untuk mempercayai situasi itu.
“Farid yang saya kenali sebelum ini adalah seorang yang sopan dan tidak pernah berkasar dengan sesiapa dan ia membuatkan saya berasa begitu sedih dengan apa yang menimpanya saat ini,” luah Azhan ketika dihubungi Sinar Harian.
Atas sebab itu jugalah, pelakon Dekatkan Jarak Kita ini hadir untuk menyatakan sokongannya kepada Farid meskipun hanya sempat bertemu beberapa minit di luar mahkamah.
“Alhamdulillah keadaannya hari ini nampak lebih bersemangat dan sangat berbeza dengan keadaannya di mahkamah yang sama beberapa hari lalu.
“Dia menyedari kehadiran saya dan rakan pelakon Azad Jazmin, malah kami sempat bersalam sebelum dia dibawa oleh oleh pihak polis.
“Apa yang saya harapkan agar dia dalam keadaan yang baik dan selebihnya mendoakan agar dia dirahmati,” kata Azhan lagi.
Dalam masa yang sama, Azhan turut menegur sikap sesetengah netizen yang mudah menjatuhkan kepada seseorang tanpa mengetahui keadaan sebenar.
“Saya akui media sosial sangat berpengaruh dalam kehidupan kita hari ini sehingga menyebabkan ia berada di luar kawalan.
“Apa pun, janganlah terlalu melihat kepada kesalahan orang lain kerana kita sendiri juga tidak pernah tahu apa yang akan berlaku pada hari esok
“Ujian ini sebenarnya bukan hanya untuk Farid, tetapi juga untuk kita agar sentiasa beringat. Fikirkan bagaimana kalau kita atau keluarga kita yang berada di tempatnya,” kata Azhan yang pernah bergandingan dengan Farid menerusi drama Wasiat dan filem Anak Jantan.
The post Farid Kamil tak pernah berkasar dengan sesiapa : Azhan Rani appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Farid Kamil tak pernah berkasar dengan sesiapa : Azhan Rani
Anda sekarang membaca artikel Farid Kamil tak pernah berkasar dengan sesiapa : Azhan Rani dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/farid-kamil-tak-pernah-berkasar-dengan.html