link : Gagal Dapat Jumlah Kerusi Diminta, PAN Johor Boikot Konvensyen PH
Gagal Dapat Jumlah Kerusi Diminta, PAN Johor Boikot Konvensyen PH
SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (PAN) Johor memboikot Konvensyen Pakatan Harapan 2018 yang berlangsung di Pusat Konvensyen IDCC, di sini, hari ini, kerana mahu lebih banyak kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Pengerusi PAN Johor, Aminolhuda Hassan, berkata pihaknya tidak berpuas hati apabila hanya diberikan dua kerusi Parlimen.
“PAN Johor meminta untuk bertanding di lima kerusi Parlimen, namun hanya diberikan dua kerusi, iaitu Parlimen Parit Sulong dan Pulai.
“Kita ingat tidak payah datang. Semua pemimpin PAN Johor tidak datang (ke konvensyen),” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Difahamkan, daripada 26 kerusi Parlimen di Johor, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dijangka meletakkan calon di 10 kawasan; PKR (lapan); DAP (enam) dan PAN (dua).
Mengulas tindakan PAN Johor itu, Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub, berkata pihaknya akan cuba mendapatkan lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor selepas menerima dua kerusi Parlimen.
Beliau berkata, sebagai kepemimpinan di peringkat pusat, pihaknya melihat ruang lingkup yang lebih besar demi Pakatan Harapan.
Katanya, beliau dan kepemimpinan tertinggi PAN serta Pakatan Harapan sedar risiko bakal dihadapi apabila parti itu diberikan hanya dua kerusi Parlimen.
“Jumlah kerusi (Parlimen) di Johor adalah terlalu kecil dan kami bersedia untuk memperoleh lebih banyak kerusi DUN dan akan berusaha untuk ini.
“Saya hormati dan menghargai apa yang berlaku di Johor kerana mereka menyuarakan perasaan tidak puas hati. Kita bergerak ke hadapan. Saya tidak (fikir akan melanggar muafakat)… kita sudah biasa.. bukan baru saja kita sertai politik,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung PAN, Anuar Tahir, berkata ketidakhadiran perwakilan dari Johor tidak dianggap sebagai boikot.
Katanya, kadangkala tidak semestinya mereka boleh mendapat apa yang dihajati.
“Saya tahu mereka bekerja keras dan Jawatankuasa Pusat akan berjumpa dengan mereka untuk berbincang. Saya akan bercakap dengan Presiden, Mohamad Sabu mengenai negeri lain termasuk Johor untuk menentukan tarikh pertemuan. Ia bukan masalah besar dan boleh diselesaikan,” katanya. – BH

Demikianlah Artikel Gagal Dapat Jumlah Kerusi Diminta, PAN Johor Boikot Konvensyen PH
Sekianlah artikel Gagal Dapat Jumlah Kerusi Diminta, PAN Johor Boikot Konvensyen PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gagal Dapat Jumlah Kerusi Diminta, PAN Johor Boikot Konvensyen PH dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/gagal-dapat-jumlah-kerusi-diminta-pan.html