Huey, Dewey, Louie cakap Melayu

Huey, Dewey, Louie cakap Melayu - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Huey, Dewey, Louie cakap Melayu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Huey, Dewey, Louie cakap Melayu
link : Huey, Dewey, Louie cakap Melayu

Baca juga


Huey, Dewey, Louie cakap Melayu

Siri TV DuckTales tidak perlu diperkenalkan lagi dan terbaru ia kembali menyinari hidup penonton Malaysia menerusi keletah Huey, Dewey dan Louie.

Dua tulang belakang di sebalik kejayaan siri TV yang menjengah usia 30 tahun itu, Francisco Angones dan Matt Youngberg berkongsi harapan mengenai animasi yang dialih bahasa itu.

Francisco yang bertindak selaku penerbit bersama dan editor jalan cerita berkata, apabila DuckTales ditayangkan di Malaysia, ia satu lagi pencapaian buat mereka.

“Setiap hari saya dapat maklumat mengenai perkembangan siri TV ini dan terbaru ia dialih bahasa ke bahasa Melayu.

“Ia kejayaan besar kerana matlamat kami adalah untuk siri ini diterjemahkan dalam bahasa asing agar lebih dekat dengan penonton di sesebuah negara,” katanya.

Tambahnya, walaupun sudah tiga dekad siri ini berada di hati kanak-kanak, pihak produksi tidak pernah kering idea baru.

“Kami sentiasa menyajikan paparan cerita segar dan seiring dengan peredaran masa. Memang ia mencabar kami, tetapi itulah kepuasan yang diraih tenaga kerja DuckTales,” katanya.

Matt pula selaku penerbit eksekutif memaklumkan, ada beberapa karakter tambahan diperkenalkan malah karakter sedia ada dikembangkan agar naratif lebih menarik serta menghiburkan.

“Karakter utama Huey, Dewey dan Louie dikekalkan, namun ditambah ‘warna’ supaya nampak lebih hidup.

“Selain itu, karakter Webby yang sebelum ini tidak terlalu menyerlah kami kembangkan,” katanya.

Selain tiga beradik itu dan Webby, DuckTales mengekalkan beberapa karakter lain seperti Scrooge McDuck, Donald Duck, Launchpad McQuack, Mrs Beakley dan banyak lagi.

Di Malaysia, DuckTales ditayangkan dalam bentuk filem TV selama satu jam pada 21 Januari lalu sebagai pengenalan.

Ia seterusnya ditayangkan dalam bentuk siri TV bermula 26 Januari lalu, jam 4 petang di saluran Disney Channel (Astro 615) dan Disney XD (Astro 617).

Selain itu, bagi memberikan peluang kepada kanak-kanak Malaysia untuk merasakan sendiri kehangatan DuckTales, Disney mengetengahkan kempen Woo-oo di pusat beli-belah Sunway Pyramid.

Acara yang berlangsung sejak 19 Januari hingga 6 Februari itu menyajikan pelbagai aktiviti menarik di samping kehadiran artis popular antaranya Jenn Chia dan Ismail Izzani.

The post Huey, Dewey, Louie cakap Melayu appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Huey, Dewey, Louie cakap Melayu

Sekianlah artikel Huey, Dewey, Louie cakap Melayu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Huey, Dewey, Louie cakap Melayu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/huey-dewey-louie-cakap-melayu.html

Subscribe to receive free email updates: