link : ‘Jambatan maut’: Gadai nyawa anak, bapa mohon maaf
‘Jambatan maut’: Gadai nyawa anak, bapa mohon maaf
“Ini cuma salah faham dan perkara ini telah dapat kita selesaikan secara baik. Demikian kata Abdul Jalil Sulaiman, 41, yang memohon maaf setelah empat video yang menunjukkan beliau membawa anaknya, Lutfil Hadi Abdul Jalil, 5, menyeberang jambatan gantung yang rosak dengan arus deras Sungai Tanum tular di laman Facebook pagi tadi.
Abdul Jalil turut memohon maaf mewakili isterinya, Siti Zaharah Otman, 33, yang memuat naik video tersebut hingga tular dan menerima lebih sejuta tontonan.
Permohonan maaf itu dibuat di dalam satu video ketika pertemuan Abdul Jalil dengan Adun Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Yon dan dikongsi melalui aplikasi WhatsApp tengah hari tadi.
“Yang Berhormat (Wan Rosdy) telah berjumpa dengan saya dan terangkan situasi sebenar.
“Saya dengan ini memohon maaf bagi pihak isteri saya yang telah viralkan isu jambatan gantung itu dan saya berterima kasih kepada Yang Berhormat serta BN,” katanya di dalam video berkenaan.
Sementara itu, Wan Rosdy berkata, kerja-kerja membaik pulih jambatan tersebut akan bermula pada 8 Januari ini yang mengambil masa 10 minggu untuk siap.
Beliau yang juga Exco Perumahan dan Perbandaran negeri berkata, sejumlah RM462,414 telah diperuntukkan kerajaan untuk membaik pulih jambatan berkenaan yang dijangka siap 18 Mac.
“Jambatan gantung ini menghubungkan Kampung Pamah Aur serta Kampung Beriang dalam pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Kota dan mengalami kerosakan akibat banjir pada Januari 2017.
“Saya telah memohon sejumlah besar peruntukkan daripada agensi berkaitan bagi membaiki kerosakan akibat banjir dalam Dun Jelai termasuk jambatan gantung terbabit,” katanya.
Beliau yang juga Ketua Umno Cameron Highlands berkata, surat kelulusan telah dikeluarkan bertarikh 20 Oktober 2017 diikuti dengan surat tawaran tender kepada kontraktor yang berjaya telah diserahkan pada 21 Disember 2017.
Jelasnya, tempoh beberapa bulan diperlukan bagi agensi teknikal bagi mengenal pasti jenis kerosakan, kaedah pembaikan dan kos pelaksanaan dapat ditentukan supaya permohonan dapat dibuat.
“Timbul sikit salah faham apabila tular kisah murid dan bapa berkenaan menggunakan jambatan rosak untuk ke sekolah sedangkan pihak JKKK Bukit Kota ada menyediakan perkhidmatan bot untuk menyeberang.
“Sewajarnya juga ibu bapa tidak perlu menyabung nyawa dan menggunakan jambatan yang rosak itu kerana ia mengundang risiko bahaya terutama pada musim banjir serta arus sungai deras.
Wan Rosdy berkata, adalah diharap agar penduduk setempat mendapatkan maklumat sahih tentang status jambatan terbabit kerana kerajaan sedaya upaya menyediakan kemudahan asas terbaik untuk rakyat.
The post ‘Jambatan maut’: Gadai nyawa anak, bapa mohon maaf appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel ‘Jambatan maut’: Gadai nyawa anak, bapa mohon maaf
Anda sekarang membaca artikel ‘Jambatan maut’: Gadai nyawa anak, bapa mohon maaf dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/jambatan-maut-gadai-nyawa-anak-bapa.html