Janna Nick, Ajak Shiro hos baru Melodi

Janna Nick, Ajak Shiro hos baru Melodi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Janna Nick, Ajak Shiro hos baru Melodi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Janna Nick, Ajak Shiro hos baru Melodi
link : Janna Nick, Ajak Shiro hos baru Melodi

Baca juga


Janna Nick, Ajak Shiro hos baru Melodi

SEJURUS Awal Ashaari dan Muhammad Azmir Selamat atau AG mengumumkan pengunduran mereka sebagai pengacara Melodi, ramai yang tertanya-tanya siapa bakal menggalas tugas sebagai pengacara baru untuk program hiburan popular ini.

Hari ini segala teka-teki telah pun terjawab apabila pihak TV3 menerusi siaran akhbar diedarkan kepada pihak media mengumumkan Melodi musim baru akan diterajui oleh pelakon popular Janna Nick dan pelawak yang juga penyampai Hot FM, Ajak.

Untuk musim baru ini, Melodi akan bersiaran selama satu jam setengah pada setiap hari Ahad dari pukul 12.00 hingga 1.30 tengah hari.

Menariknya Melodi bakal tampil tiga segmen baru untuk kekalkan identitinya sebagai sebuah program yang ‘fresh’  dan hip.

Tiga segmen tersebut ialah ‘Cerita Sini, Habis Sini’, ‘Kecoh Netizen’ dan ‘Melodi Prihatin’, di samping tetap menyampaikan berita-berita sensasi dunia hiburan.

Pengurus Besar, Kumpulan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Puan Zurina Othman berkata, untuk memastikan Melodi sentiasa mendapat sentuhan baru dengan perkembangan trend terkini, pihaknya yakin Janna Nick yang namanya semakin melonjak naik mampu menarik lebih ramai penonton muda.

“Ajak pula mempunyai potensi dalam bidang pengacaraan dan kami enggan melepaskan peluang keemasan ini untuk bekerjasama dengan selebriti yang versatil ini.

“Selain itu, Melodi musim ini juga akan bersiaran selama satu jam setengah, di mana ia menampilkan beberapa segmen baru yang membincangkan tentang segala isu tular dan sedang rancak dibualkan oleh orang ramai.

“Kami berharap program infotainment popular TV3 ini akan menceriakan lagi hari Ahad para penonton dengan membekalkan isu-isu sensasi yang meliputi artis-artis dalam dan luar negara,” ujarnya.

The post Janna Nick, Ajak Shiro hos baru Melodi appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Janna Nick, Ajak Shiro hos baru Melodi

Sekianlah artikel Janna Nick, Ajak Shiro hos baru Melodi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Janna Nick, Ajak Shiro hos baru Melodi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/janna-nick-ajak-shiro-hos-baru-melodi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :