Jawatan PM Sementara Kerja Gila Untuk Menipu Rakyat, Kata Bekas Pengasas PPBM

Jawatan PM Sementara Kerja Gila Untuk Menipu Rakyat, Kata Bekas Pengasas PPBM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jawatan PM Sementara Kerja Gila Untuk Menipu Rakyat, Kata Bekas Pengasas PPBM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jawatan PM Sementara Kerja Gila Untuk Menipu Rakyat, Kata Bekas Pengasas PPBM
link : Jawatan PM Sementara Kerja Gila Untuk Menipu Rakyat, Kata Bekas Pengasas PPBM

Baca juga


Jawatan PM Sementara Kerja Gila Untuk Menipu Rakyat, Kata Bekas Pengasas PPBM

KUALA LUMPUR – Bekas pengasas Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin tampil mengkritik langkah mewujudkan jawatan Perdana Menteri interim (sementara) yang dikatakan bakal diberi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14 nanti.

Anina yang kini bergerak atas platform NGO, Empirical Malaysia berkata, langkah tersebut adalah satu bentuk penipuan terang-terangan kepada rakyat supaya mengundi blok pembangkang Pakatan Harapan semasa pilihan raya nanti.

“Langkah ini dilihat satu penipuan yang dilakukan secara terang-terangan kepada rakyat Malaysia, mana tidaknya, meletak seseorang calon Perdana Menteri kemudian apabila menang kemudian digantikan dengan individu yang sudah dua kali dihukum penjara.

“Ini satu kerja gila yang tidak pernah dilakukan, malah ini juga satu rekod dunia yang pernah dilakukan oleh mana-mana parti pembangkang dalam dunia,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau yang sebelum ini juga disingkir dari PPBM menyifatkan pembangkang sebagai ketandusan pemimpin pelapis sehinggakan terpaksa mencalonkan individu yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

“Secara jelas sebenarnya kita lihat pembangkang kini berada pada fasa ketandusan pemimpin yang boleh diharapkan untuk memimpin negara, mereka tidak ada tawaran yang segar atau ‘refreshing’ kepada rakyat.

“Jika ini tawarannya, meletak Perdana Menteri interim, mungkin sudah tiba untuk rakyat berfikir dua kali,” ujarnya lagi.

Dr Mahathir sebelum ini berkata, cadangan untuknya menjadi calon perdana menteri seandainya Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya kelak hanya akan terlaksana sekiranya keempat-empat komponen gabungan itu menyetujuinya.

Beliau yang juga pengerusi PH berkata, sekiranya terdapat keputusan sepakat antara PPBM, PKR, PAN dan DAP, barulah ia boleh digunakan dalam manifesto pilihan raya nanti. – MalaysiaGazette


Demikianlah Artikel Jawatan PM Sementara Kerja Gila Untuk Menipu Rakyat, Kata Bekas Pengasas PPBM

Sekianlah artikel Jawatan PM Sementara Kerja Gila Untuk Menipu Rakyat, Kata Bekas Pengasas PPBM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jawatan PM Sementara Kerja Gila Untuk Menipu Rakyat, Kata Bekas Pengasas PPBM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/jawatan-pm-sementara-kerja-gila-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :