Johan As’ari ajak Iqram Dinzly belajar agama

Johan As’ari ajak Iqram Dinzly belajar agama - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Johan As’ari ajak Iqram Dinzly belajar agama, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Johan As’ari ajak Iqram Dinzly belajar agama
link : Johan As’ari ajak Iqram Dinzly belajar agama

Baca juga


Johan As’ari ajak Iqram Dinzly belajar agama

KONTROVERSI yang melibatkan Iqram turut menarik perhatian pelakon Johan As’ari sehingga membawanya untuk menziarahi Iqram di kediaman pelakon itu di Ipoh, Perak baru-baru ini.

“Saya tergerak hati untuk datang menziarahinya kerana sepanjang mengenalinya, saya melihat dia sebagai seorang yang suka merapatkan silaturrahim.

“Sebelum ini setiap kali terserempak dengan dia di mana-mana, dia pasti akan berhenti untuk menyapa atau bertanya khabar.

“Jadi apabila tahu tentang apa yang berlaku kepadanya, saya rasa bertanggungjawab untuk menziarahinya dan  bertanya khabar secara secara empat mata dengannya untuk melihat dan mendengar sendiri apa yang berlaku ke atasnya,” ujar Johan yang prihatin sebagai seorang sahabat.

Menurut Johan lagi, sebagai orang yang pernah mengalami kehilangan yang sama sebagaimana Iqram, dia begitu memahami apa yang dirasai oleh pelakon itu.

“Dalam pertemuan itu, saya tidak melihat apa-apa masalah, cuma biasalah keadaan kita apabila kehilangan orang yang disayangi.

“Ketika arwah  ibu saya meninggal dulu pun, saya juga merasai kehilangan sehingga membuat keputusan untuk merantau selama beberapa bulan di India, Pakistan dan Bangladesh.

“Mungkin perkara yang sama berlaku pada Iqram apabila bapanya meninggal dunia baru-baru ini sehingga memberi kesan kepadanya,” jelasnya.

Bagaimanapun, kata Johan lagi, dia percaya selepas ini Iqram akan kembali bersemangat meneruskan kehidupannya seperti biasa.

“Saya percaya selepas sebulan dua nanti, Iqram akan kembali OK seperti biasa dan sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buatnya.

“Apa yang saya harapkan semoga Iqram sentiasa berlapang dada apabila dikecam netizen di alam maya dan hadapilah dengan senyuman kerana masih ramai yang sayang.

“Dia sebenarnya seorang yang berekperimentasi dengan bakat dan seninya yang mungkin telah membuatkan orang salah faham.

“Insya-ALLAH sekitar Mei nanti, saya akan menyambung pengajiannya dalam bidang agama bersama dengan Datuk Ustaz Kazim Elias dan mudah-mudahan Iqram boleh ikut sekali,” katanya kepada Sinar Harian.

The post Johan As’ari ajak Iqram Dinzly belajar agama appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Johan As’ari ajak Iqram Dinzly belajar agama

Sekianlah artikel Johan As’ari ajak Iqram Dinzly belajar agama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Johan As’ari ajak Iqram Dinzly belajar agama dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/johan-asari-ajak-iqram-dinzly-belajar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :