Kalendar 2018 Mahathir Harga RM40! Biar Betul?

Kalendar 2018 Mahathir Harga RM40! Biar Betul? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kalendar 2018 Mahathir Harga RM40! Biar Betul?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kalendar 2018 Mahathir Harga RM40! Biar Betul?
link : Kalendar 2018 Mahathir Harga RM40! Biar Betul?

Baca juga


Kalendar 2018 Mahathir Harga RM40! Biar Betul?

MAHALNYA… Ketika pembangkang kecoh bising macam histeria jika harga petrol naik sikit sahaja ekoran situasi geopolitik global, mereka nyata hipokrit apabila melibatkan kepentingan diri sendiri!
Terbaharu, netizen dikejutkan dengan penjualan kalendar baharu 2018 edisi terhad keluaran eksklusif peminat tegar Pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan belum didaftarkan sah itu yang kini mulai jadi tular menerusi media sosial.

Dengan guna tema Inspirasiku Mahathir dan memaparkan wajah ceria si pemimpin parti kecil pembangkang yang berusia 92 tahun itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, ia dijual pada harga serendah RM40 termasuk caj pengeposan.

Entahlah bagaimana harga kalendar meja tersebut boleh mencecah nilai sedemikian sama ada ia disebabkan faktor tukaran mata wang asing, kenaikan harga minyak sejagat atau tekanan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)?

Ada netizen menyindir harga mahal berkenaan kerana kalendar itu kononnya bersalut emas dan tidak kurang juga kutuk PPBM yang menekan rakyat marhaen tetapi ‘hebat’ bersembang mahu membela kos sara hidup pengguna.

“Minyak naik bukan main macai salak macam anjing kena baling dengan kayu api di punggung. Pemimpin anda jual kalendar sahaja sudah RM40, tidak hendak menyalak ke? Itu baru kalendar,” kata netizen bernama Lang Buana.

Sementara lagi pengguna Facebook yang menggunakan akaun bernama Rose Rosmawati menulis komen sinis: “Hanya orang gila sahaja hendak membeli kalendar RM40 satu. Sepatutnya beri kalender itu secara percuma aja.”

Seorang netizen dengan nama Mohd. Fahmi menukil: “Pergi kedai servis motosikal pun boleh dapat kalendar baru percuma sahaja… daripada beli ini RM40, lebih baik belikan beras… atau derma dengan saudara mara… lagi elok!”

Pada kelazimannya, kalendar sedemikian rupa biasa dijual di mana-mana kedai pada harga bawah RM10, bahkan ada yang diberi tanpa dikenakan apa-apa bayaran oleh organisasi tertentu sebagai tanggungjawab sosial korporat.

Untuk rekod, pihak PPBM sebelum ini pernah menganjurkan beberapa siri acara majlis makan malam amal konon untuk kutipan dana parti itu dengan harga satu meja yang bernilai ribuan ringgit.


Demikianlah Artikel Kalendar 2018 Mahathir Harga RM40! Biar Betul?

Sekianlah artikel Kalendar 2018 Mahathir Harga RM40! Biar Betul? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kalendar 2018 Mahathir Harga RM40! Biar Betul? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/kalendar-2018-mahathir-harga-rm40-biar.html

Subscribe to receive free email updates: