Kan dah kena laga

Kan dah kena laga - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kan dah kena laga, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kan dah kena laga
link : Kan dah kena laga

Baca juga


Kan dah kena laga

PELAKON, Elvina Mohamad menganggap gosip mengatakan dirinya mesra dengan pelakon Redza Rosli adalah bertujuan melaga-lagakannya dengan artis popular, Ayda Jebat.

Katanya, perkara itu tidak perlu dibangkitkan kerana umum tahu dengan siapa Redza berkawan rapat sekarang ini.

“Sepanjang menjalani penggambaran drama Isteri Yang Diiktiraf, Ayda beberapa kali datang menjenguk dan menemani Redza di lokasi.

“Kalau hendak diikutkan, saya tidak banyak bercakap dengan Redza sepanjang penggambaran kecuali penting dan berkaitan hal kerja,” katanya dihubungi, hari ini.

Jelas Elvina, ada pihak salah faham apabila penerbit drama terbabit, Sheila Rusly merakam dan memuat naik gurauan mereka di lokasi hingga berlaku adegan berkejaran sesama mereka.

“Biar saya jelaskan. Rakaman asalnya saya mengusik Arash Mohamad. Di lokasi saya memang rapat dengan Arash dan menganggapnya abang.

“Bukan saya sorang saja yang menganggapnya seperti abang malah semua pelakon begitu memandangkan sikap Arash yang sangat menyenangkan,” katanya.

Hari terakhir Elvina di lokasi terbabit, dia mengusik Arash dengan tidak bersungguh sungguh memberikan dialog.

Redza kebetulan terbabit babak itu turut melakukan perkara sama.

“Menyedari kami tidak serius membuatkan Sheila tidak berpuas hati dan mahu merotan kami berdua. Kami cuba lari. Tidak sangka adegan dirakam dan dimuat naik ke laman sosial,” katanya.

Elvina dan Redza memegang watak utama suami isteri drama Isteri Yang Diiktiraf akan ditayangkan di saluran RTM pada Ramadan nanti.

Tegas Elvina, sepanjang tiga bulan menjalani penggambaran drama 30 episod itu, dia dan Redza bersikap profesional dan tidak pernah mencampur-aduk soal kerja dan peribadi.

The post Kan dah kena laga appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kan dah kena laga

Sekianlah artikel Kan dah kena laga kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kan dah kena laga dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/kan-dah-kena-laga.html

Subscribe to receive free email updates: