link : Keunikan Guardians of the Tomb
Keunikan Guardians of the Tomb
Menggabungkan pelakon berbilang bangsa terutama mereka yang tidak bertutur bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama sebenarnya agak berisiko juga.
Bagaimanapun, ia bukanlah cabaran besar dalam merealisasikan filem Guardians of the Tomb arahan Kimble Rendall.
Mula ditayangkan esok, kepelbagaian bangsa dalam filem itu sebaliknya adalah strategi yang bijak.
Dibintangi pelakon Amerika Syarikat (AS) iaitu Kellan Lutz, Li Bingbing (China), Kelsey Grammer (AS), Shane Jacobson (Australia), Ryan Johnson (Australia), Jason Chong (Australia), Stef Dawson (AS) dan Wu Chun (Brunei), kombinasi itu ternyata sangat menarik.
Menurut Kimble, ketika penggambaran tidak terasa pun perbezaan bahasa kerana mereka cukup arif dengan keseluruhan konsep dunia lakonan itu sendiri.
“Orang selalu bertanya kepada saya mengenai cabaran bekerja dengan pelakon yang tidak bertutur bahasa Inggeris. Walaupun kedengaran agak klise namun bahasa filem adalah sesuatu perkara yang tidak asing buat mana-mana pelakon dan pembikin filem.
“Tiada halangan akibat perbezaan bahasa dan dari semasa ke semasa, khidmat penterjemah juga jarang digunakan. Asalkan dapat rentak dan biasa dengan bahasa tubuh, itu sudah cukup memadai untuk teruskan penggambaran.
“Saya suka bekerja dengan pelakon daripada budaya yang berbeza kerana mereka membawa kelainan dalam persembahan masing-masing,” katanya.
TIADA cabaran besar akibat perbezaan bahasa.
Menggunakan lokasi di Gold Coast, Australia dan Dunhuang serta Beijing di China, filem itu tidak dinafikan menjadi titik pertembungan yang cukup menguatkan lagi daya tarikannya.
Mengambil kira faktor geografi, kerjaya saintis, khazanah empayar Cina purba dan haiwan pembunuh iaitu labah-labah, kepelbagaian elemen itu semestinya penyeri penting kepada perkembangan plotnya.
Penerbit bersama filem ini, Mark Lazarus berkata, ia juga satu strategi terbaik untuk menarik penonton dari China.
Ini kerana pasaran di rantau itu begitu besar dan menjadi lubuk untuk menggandakan keuntungan.
“Ia satu sinergi luar biasa apabila budaya, sistem kewangan, pembabitan kerajaan dan syarikat swasta bekerjasama menghasilkan sebuah filem yang bagus. Bukan sekadar memuaskan hati penonton di China tetapi aksesnya meluas hingga ke seluruh dunia.
“Ramai yang berbakat datang dari Barat dan Asia. Ia sangat perlu untuk memberikan keseronokan sama rata, menikmati filem yang bercorak global dan inilah contoh filem untuk semua,” katanya.
Mark juga cukup teruja apabila perjalanan untuk mengembangkan proses penggambaran seiring dengan misi mereka. Bukan hanya menjadikannya filem aksi dengan kesan khas semata-mata tetapi lebih daripada itu.
BARISAN pelakon mudah menyesuaikan diri dengan skrip.
Hadir ke Kuala Lumpur untuk merangka promosi filem itu kelmarin, Wu Chun sangat teruja apabila mendapat kepercayaan membawa watak penting.
Walaupun tidak banyak babak membabitkannya, tetapi ia memberikan kepuasan berbeza.
“Saya akui memang saya tidak sukakan labah-labah. Namun dalam cerita itu, haiwan itu adalah elemen penting yang ditekankan dan saya perlu akur.
“Syukurlah bahagian terbabit dilakukan dengan menggunakan kesan khas dan tidaklah terasa sangat ketakutan itu. Apapun, saya pasti semua orang dapat menikmati cerita ini kerana ia penuh dengan elemen menarik,” katanya.
Filem ini mengisahkan satu pasukan khas ditugaskan untuk mencari khazanah penting di bawah tanah kawasan padang pasir di China.
Bagaimanapun, mereka menemui sesuatu yang tidak disangka dan jauh lebih menakutkan.
Dari situlah proses menyelamat perlu dimulakan, namun pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi.
The post Keunikan Guardians of the Tomb appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Keunikan Guardians of the Tomb
Anda sekarang membaca artikel Keunikan Guardians of the Tomb dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/keunikan-guardians-of-tomb.html