link : Krisis Perlembagaan: Rujuk buku Tun Salleh 'May Day for justice'...
Krisis Perlembagaan: Rujuk buku Tun Salleh 'May Day for justice'...
Tindakan Tun Mahathir Mohamad memecat bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dalam daripada episod 'Krisis Perlembagaan Malaysia 1988' dipersoalkan ekoran sikapnya yang kini sering menjadi penghukum dan menyalahkan pihak lain di atas tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
Terbaru Bekas Perdana Menteri itu mendakwa namanya digunakan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman bagi arahan pemecatan Salleh di atas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Iskandar Sultan Ismail (Almarhum).
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd. Puad Zarkashi berkata, memandangkan Salleh masih hidup, maka eloklah jika beliau memberi penjelasan terperinci mengenai isu berkaitan kerana ingin tahu pendirian bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim.
"Masa dia jadi Menteri yang jaga undang undang 2008 dia mencadangkan supaya kerajaan memohon maaf kepada semua hakim yang dipecat ketika itu termasuk membayar pampasan. Bahkan bayaran pampasan telah dibuat.
"Sebenarnya kita juga boleh merujuk buku “May Day for justice” yang ditulis oleh Tun Salleh. Dalam buku itu dijelaskan, Tun Mahathir mula mengkritik secara terbuka Institusi “Judiciary” ekoran pemilihan UMNO 1987 di mana Tun M menang tipis ke atas Tengku Razaliegh.
"Seramai 11 orang ahli UMNO (asalnya 12) mengheret kes itu ke Mahkamah. Akibatnya UMNO diistihar haram tetapi keputusan pemilihan dikekalkan. 11 orang itu membuat rayuan. Sepatutnya didengar pada 13 Jun 1988. Maka di situlah menurut buku itu masalah bermula antara Tun Mahathir dengan Ketua Hakim Negara. Tun Mahathir bimbang rayuan 11 orang itu akan di terima dan pemilihan UMNO dibuat semula," kataya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tambahnya, Tun Salleh yang tidak senang hati dengan kritikan terbuka itu telah mengadakan mesyuarat khas bersama 20 hakim yang lain pada 25 Mac 1988 dan mencapai kata putus untuk menghantar surat kepada Yang DiPertuan Agung untuk menyatakan rasa tidak puas hati para hakim terhadap Tun Mahathir.
Tun Salleh menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong ketika itu mewakili badan kehakiman, meluahkan kekecewaan terhadap dakwaan yang dibuat oleh Tun Mahathir terhadap badan kehakiman bukan kerana isu bunyi bising ekoran kerja ubah suai rumah Tuanku seperti yang didakwa oleh Pengerusi Pakatan Harapan itu.
"Ibarat disorong bantal, Tun Mahathir didakwa mengambil kesempatan sebagai Perdana Menteri menasihatkan Yang DiPertuan Agung untuk memecat Tun Salleh Abas (Rujuk buku berkenaan).Tidak berapa lama selepas dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, Tun Hamid Omar mengenepikan permohonan rayuan 11 orang bekas ahli UMNO itu," katanya.
Mohd Puad bertanya, adakah Tun Mahathir berbohog dan menyalahkan pihak lain dan soalan turut diajukan kepada Lim Kit Siang serta Bar Council.
"Kit Siang pernah menganjurkan di Parlimen pada tahun 1989 supaya semua ahli parlimen membaca buku “May Day for Justice”. Lim Chee Wee pula (bekas Presiden Bar Council) mendesak isu ini disemak semula. Tetapi kenapa sekarang diam? Apakah mereka juga menyokong bakal Perdana Menteri Sementara Pakatan Harapan ini?," katanya.
Sebelum ini, Tun Mahathir berkata anggup menjunjung Al-Quran untuk membuktikan bukan dirinya dalang sebenar di sebalik pemecatan Tun Salleh.
"Saya tak ada campur tangan, saya tak suruh, saya berani junjung Al-Quran dan bersumpah saya tak suruh (Salleh dipecat)," katanya.
Sementara itu, Abu Talib berkata beliau menyediakan dokumen menggunakan nama Tun Mahathir untuk menubuhkan tribunal kerana komunikasi dengan pihak istana diuruskan pejabat perdana menteri.
Prosedur untuk memecat ketua hakim negara termaktub dalam Perkara 125 (3) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan tribunal mesti ditubuhkan untuk menyiasat sama ada terdapat kes salah laku atau ketidakupayaan dari kelemahan badan atau minda atau sebarang sebab lain sebelum menjalankan penyingkiran.
Tribunal itu terdiri daripada enam ahli yang dipengerusikan oleh hakim Mahkamah Agung dan bekas Ketua Hakim Negara Hamid Omar yang memecat Salleh.
Pada tahun yang sama, Perlembagaan Persekutuan digubal untuk membuang terma “kuasa kehakiman” daripada Perkara 121 (1) Perlembagaan Persekutuan, yang mengamalkan kehakiman ke Parlimen.

Demikianlah Artikel Krisis Perlembagaan: Rujuk buku Tun Salleh 'May Day for justice'...
Sekianlah artikel Krisis Perlembagaan: Rujuk buku Tun Salleh 'May Day for justice'... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Krisis Perlembagaan: Rujuk buku Tun Salleh 'May Day for justice'... dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/krisis-perlembagaan-rujuk-buku-tun.html