KWave 2: Lebih 10,000 Penonton Tergamam DongHae ‘Cium’ Siwon

KWave 2: Lebih 10,000 Penonton Tergamam DongHae ‘Cium’ Siwon - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KWave 2: Lebih 10,000 Penonton Tergamam DongHae ‘Cium’ Siwon, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KWave 2: Lebih 10,000 Penonton Tergamam DongHae ‘Cium’ Siwon
link : KWave 2: Lebih 10,000 Penonton Tergamam DongHae ‘Cium’ Siwon

Baca juga


KWave 2: Lebih 10,000 Penonton Tergamam DongHae ‘Cium’ Siwon

Tirai kalendar konsert 2018 di Malaysia dibuka dengan Festival K-Waze 2 yang telah berlangsung di Stadium Merdeka pada Sabtu lalu. Konsert yang menghimpunkan enam artis KPop terdiri daripada tiga kumpulan yang semakin meraih populariti iaitu A.C.E, Tahiti dan Halo. Tambah meriah dengan idola sensasi, Nu’est W, Mamamoo, Taeyeon (Girls Generation) dan Super Junior itu sekaligus berjaya memukau lebih 10,000 penonton.

Seperti biasa, suasana yang bukan menghairankan jika berlangsungnya sesebuah konsert Kpop yang mana perkarangan stadium akan mula dibanjiri para peminat sejak dari pagi lagi walaupun konsertnya bermula jam 8 malam.

Namun, apa yang lebih menarik tentang festival anjuran Mcalls dengan kerjasama MacpiePro yang masuk kali kedua ini, sementara menantikan acara kemuncaknya, penganjur beberapa aktivti lain seperti permainan interaktif berkaitan muik KPop, merupakan salah satu tarikan kepada peminat.

..

Walaupun cuaca di tanah air sejuk dek sejak beberapa hari lalu malah bak kata PM Najib, seperti musim sejuk di Jeddah, namun bahang kehangatan KWave 2 semakin terasa sejak jam 5.30 petang. Ramai peminat mula memenuhi tempat duduk di zon masing-masing dan tidak sabar mahu menyaksikan persembahan artis-artis kesayangan mereka. Ruang stadium mula gemerlapan dengan pancaran ‘lightstick’ (yang dibawa peminat) mengikut warna rasmi setiap artis pujaan masing-masing.

A.C.E Ada X-Faktor

..
Kira-kira jam 8.10 malam, kumpulan A.C.E (Adventure Calling Emotions) tampil memulakan persembahan dengan lagu seperti Cactus, Playing With Fire (nyanyian asal kumpulan Blackpink) dan Callin. Sebagai artis baru, kumpulan yang dianggotai Jun, Donghun, Wow, Jason dan Chan berjaya memberikan satu persembahan yang cukup baik dengan tarian penuh energetik malah mereka bernyanyi secara live.

..

Lebih-lebih lagi, ini merupakan persembahan sulung mereka di luar Korea selepas debut mereka pada 23 Mei tahun lalu. Malah rata-rata peminat Malaysia mengaku kumpulan ini ada X-faktor tersendiri dan mula jatuh suka pada mereka selepas menyaksikan persembahan malam kelmarin.

Nak Tinggal di Malaysia

..

Seterusnya, giliran empat gadis yang menggelarkan diri mereka Tahiti mengambil alih pentas dengan mendendangkan lagu seperti Love Sick, Phone Number dan Skip. Walaupun membawakan imej seksi namun persembahan Tahiti pada malam itu tidak mengundang apa-apa kontroversi. Malam itu mereka mengenakan outfit ala ‘high school’ dan tiada aksi tarian yang menggiurkan.

Pertama kali menjejakan kaki ke Kuala Lumpur, Tahiti dalam pada itu mengaku mereka sukakan suasana di negara ini. Tambah beruntung, disebabkan mereka antara kumpulan yang tiba awal di sini, Tahiti berkata mereka seperti datang bercuti kerana sempat bersiar-siar, membeli belah serta memanjakan diri dengan pergi ke spa yang terletak di sekitar ibukota.

..

“Abang saya tinggal di sini, jadi dia lah yang menjadi pemandu pelancong kami kelmarin. Dia membawa kami bersiar-siar, makan lobster dan sempat pergi ke spa. Saya suka Malaysia dan berasa seperti mahu tinggal negara ini,” kata Ari.

“Saya pula membeli belah. Saya beli banyak kopi seperti kopi Ali Cafe dan teh Boh,” celah Miso dengan nada teruja.

Terkenang Sambut Hari Jadi

..
Persembahan Halo juga tidak kurang hebatnya menerusi lagu hit mereka seperti Fever, Im Scared, While You Sleeping dan Here Here dengan penuh bertenaga. Lebih meriah, peminat setia mereka juga turut ikut menyanyi bersama dan bersorak.

Ini merupakan kali kedua kumpulan yang dianggotai Dino, Inhaeng, Ooon, Jaeyong, Heecheon dan Yoondong ini membuat persembahan di Kuala Lumpur selepas kunjungan kali pertama mereka sempena konsert New Year Eve Kpop Party, pada 30 Disember 2016.

“Kami gembira dapat kembali semula ke sini. Seperkara yang kami paling tidak lupakan ialah ketika datang tahun lalu, peminat turut meraikan hari jadi saya dan Ooon. Terima kasih kerana terus memberi sokongan kepada kami,” ucap Dino.

Taeyeon Berat Hati

..

Selesai persembahan mantap daripada barisan junior seterusnya giliran bintang cantik manis, Taeyeon. Sebaik saja dia muncul di pentas, suasana semakin gamat dengan sorakan peminat.

Tampil cantik mengenakan oufit top berwarna ungu dipadankan dengan skirt pendek berwarna hitam, ketua kumpulan Girls Generation memulakan persembahan solonya dengan vokal yang sangat baik menerusi lagu I disusuli lagu 11:11, Fine dan Make Me Love You.

Ketika sesi berkomunikasi dengan penonton, Taeyeon turutt meluahkan rasa terharunya atas sokongan peminat yang banyak memberi semangat kepadanya saat berdepan dengan situasi menyedihkan atas pemergian sahabat baiknya, Jonghyun (SHINee) pada 18 Disember lalu.

..

“Apa khabar Malaysia?! Saya sayang kamu semua!

“Sejujurnya, pada mula saya berat hati untuk datang dan membuat persembahan di sini. Tetapi saya tahu kamu semua sentiasa memberi semangat dan sokongan kepada saya untuk saya hadapi semua ini.

“Tapi sekarang ini berada di depan kamu semua, saya berasa lebih baik. Terima kasih semua!,” katanya sambil menahan sebak.

Namun Taeyeon tidak terus membiarkan peminat berasa hiba, lantas dia cuba mempamerkan senyuman dan memberikan reaksi ceria dengan mengajak peminat menyanyi bersama-sama lagu Hand on Me sebagai sebelum mengakhiri persembahan.

Nu’est W Lepas Rindu

..
Kehangatan konsert diteruskan dengan penampilan JR, Aron, Baekho dan Ren yang kini memperkenalkan diri mereka sebagai Nuest W. Huruf W itu dalam erti kata “wait” (sementara MinHyun kini sebagai mempromosi dan menganggotai kumpulan Wanna One). Juga membawa maksud, mereka sudah lama menanti untuk kembali bertemu dengan paa peminat.

Memulakan persembahan dengan lagu balada popular mereka yang bertajuk Hello, stadium gamat apabila para peminat juga turut menyanyi bersama.

..

“Apa khabar Malaysia. Sudah lama tidak berjumpa. Kami rindu anda semua!. Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan kepada kami sehingga saat ini” kata Baekho mewakili anggota lain.

Bersambung dengan mood muzik yang lebih rancak, mereka mendedangkan lagu seperti One Day, Lobe Paint, Let Me Out dan single baru, Where You At. Ini merupakan persembahan kali kedua mereka di sini selepas kunjungan kali pertama kira-kira lima tahun lalu.

Mamamoo Ajak Menari

..
Melewati jam 10 malam, kumpulan Mamamoo buat pertama kali tampil menghiburkan peminat Malaysia dengan dendanngan lagu Yes I Am yang secara automatik membuatkan ramai peminat terutama kalangan peminat lelaki ikut sama menari dan bersorak dari tempat zon masing-masing.

Meskipun salah seorang anggotanya iaitu Solar mengalami masalah sakit belakang dan baru menjalani pembedahan kecil beberapa hari lalu, namun tidak menghalang dia menyertai teman lain beraksi bersama di pentas. Seperti mana Moonbyul, Wheein dan Hwasa yang mempmerkan vokal memakau, begitu juga Solar yang sekaligus melengkapi persembahan.

..

“Saya minta maaf kerana saya terpaksa membuat persembahan secara duduk kerana mengalami masalah sakit belakang,” kata Solar.

“Gwenchana!, gwenchana!” (tidak mengapa!,” jerit para peminat sebagai tanda sokongan semangat.

Seperkara lain yang turut mencuri perhatian, Mamaoo bijak ‘menggoda’ dan mengambil hati peminat apabila beberapa kali menambah dalam lirik lau mereka dengan perkataan “Malaysia”.

Antara lagu lain yang dipersembahkan seperti Décalcomanie, Love Line, Girls Crush, Youre The Best dan Um Oh Ah Yeh.

Gigih Nak Cakap Melayu, ‘Bercium’

..

Melewati jam 10.30 malam, tiba giliran lagenda KPop, Super Junior (SuJu) – Donghae, Leeteuk, Siwon, Yesung, Eunhyuk dan Heechul menggegarkan pentas dengan persembahan menerusi lagu Sorry, Sorry dan Bonamana.

Suasana stadium semakin gamat dengan sorakan peminat dan boleh dikatakan lautan pancaran cahaya berwaran biru (mewakili warna rasmi SuJu) memenuhi segenap ruang stadium. Penonton juga ikut sama menyanyi dan menari.

“Apa khabar Malaysia!!!, Sudah lama tidak berjumpa anda semua! Kami rindu anda semua!,” kata mereka.

Tidak hanya bertanya khabar, kali ini Suju seperti biasa berusaha mengambil hati peminat dengan cuba bertutur dalam bahasa Melayu dan kali ini, banyak ayat baru yang mereka cuba.

Kesungguhan SuJu mahu bercakap Melayu mengundang gelak tawa penonton yang terhibur dengan cara dan gelagat mereka.

“Saya datang dari Korea. Dah makan?” tanya Leeteuk sambil membaca nota di tangannya dan spontan Heechul yang juga melihat nota itu selamber menjawab, “Belum makan…,” kata-kata Heechul itu mencetus gelak penonton.

“Saya senang dapat bertemu dengan anda,” kata Leeteuk lagi yang sedaya upaya mahu menyebut ayat itu dengan fasih. Lalu Siwon menghampirinya dan bertanya, “Cakap Perancis ker tu?”. Sekali lagi stadium gamat dengan gelak tawa penonton.

..

Tidak cukup dengan itu, ada beberapa aksi nakal yang dipamerkan Donghae dan Siwon yang melaku aksi seolah-olah bercium. Begitu juga dengan Eunhyuk yang ‘memberikan’ cuman kepada semua yang berada di stadium.

Seperkara lain yang membuatkan stadium gamat dengan jeritan histeria peminat apabila DongHae dan Siwon beraksi nakal seolah-olah bercium. Semuanya bermula apabila DongHae memberikan ‘flying kiss’ kepada peminat ketika mengakhiri ucapannya. Kemudian Siwon tiba-tiba menghampiri temannya itu dan meminta untuk mencium pipinya. Lalu DongHae pun memenuhi permintaan Siwon tetapi mereka bukanlah benar-benar bercium sebaliknya DongHae sekadar merapatkan bibirnya ke mikrofon Siwon.

..

Selain itu, Suju sekali lagi membuat kejutan apabila mengumumkan mereka akan kembali lagi tidak lama lagi dengan kosnert Super Show 7 (SS7) yang sememangnya diharap-harapkan seluruh ELF (gelaran peminat fanatik) Malaysia kerana sebelum ini, Kuala Lumpur tidak tersenarai sebagai antara negara yang akan dikunjungi mereka sempena konsert SS7.

Kemuncak konsert malam itu diteruskan dengan persembahan dou oleh DongHae dan EunHyuk yang mendedangkan lagu Growing Pain dan Oppa Oppa. Kemudian penampilan Yesung secara solo menerusi lagu Here I Am.

SuJu mengakhiri persembahan malam itu dengan lagu Mamacita dan single terbaru mereka, Blacksuit.

The post KWave 2: Lebih 10,000 Penonton Tergamam DongHae ‘Cium’ Siwon appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel KWave 2: Lebih 10,000 Penonton Tergamam DongHae ‘Cium’ Siwon

Sekianlah artikel KWave 2: Lebih 10,000 Penonton Tergamam DongHae ‘Cium’ Siwon kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KWave 2: Lebih 10,000 Penonton Tergamam DongHae ‘Cium’ Siwon dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/kwave-2-lebih-10000-penonton-tergamam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :