link : Makyong Titis Sakti: Pementasan pembuka tirai KLpac 2018
Makyong Titis Sakti: Pementasan pembuka tirai KLpac 2018
THE Actors Studio, Seni Teater Rakyat bakal membawa kemunculan semula pementasan Mak Yong Titis Sakti di Pentas Seni, Kuala Lumpur Performing Arts Centre (Klpac), pada 27 Januari hingga 4 Februari depan.
Kali pertama dipentaskan pada 2009, tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana dua dunia dengan era yang berbeza disatukan dengan begitu indah dalam sebuah pementasan.
Menariknya, Mak Yong Titis Sakti arahan Norzizi Zulkifli ini merupakan naskhah yang diolah kembali berdasarkan karya komedi romantis A Midsummer Night’s Dream, tulisan William Shakespeare.
Sejak pementasan tersebut, Mak Yong Titis Sakti telah melangkah lebih jauh, malah menjadi satu-satunya karya dari Malaysia yang tersenarai dalam himpunan arkib Shakespeare, Asian Shakespeare Intercultural Archive (A.S.I.A) yang berpusat di Singapura.
Mak Yong Titis Sakti juga mendapat perhatian di Universiti Nasional Singapura dan menjadi salah satu silibus kuliah Intercultural Theatre di universiti tersebut, malah banyak diperbincangkan dalam penerbitan jurnal akademik Routledge Teater Asia.
Justeru, sebagai pembuka tirai 2018, Norzizi kembali mementaskan Mak Yong Titis Sakti meraih kejayaan cemerlang ketika persembahan pertamanya lebih lapan tahun lalu.
Mak Yong Titis Sakti versi 2018 ini masih diungguli tenaga produksi sama yang terdiri daripada Zamzuriah Zahari (pereka tari), Kamrul Hussin (pengarah muzik), Bayu Utomo Radjikin (Pereka set) dan Nur Afifi Mohamed Taib (pereka kostum).
Tidak ketinggalan, barisan pelakon asal Mak Yong Titis Sakti yang turut sama mahu mengulangi sejarah iaitu Zamzuriah Zahari, Asrulfaizal Kamaruzaman, Rosdeen Suboh, Shahanaros Shahruddin, Elza Irdalynna, Mohd Kamarulzaman Taib (Che Kem) serta Siti Farrah Abdullah.
Barisan pelakon lain yang turut terlibat ialah Safia Hanifah, Mardiana Alwi, Ezdianie Hayatie Omar, Putri Hanan Shahidah.
Turut terlibat ialah lima penari, vokalis dan 12 pemuzik yang bakal menggegarkan pentas KLpac.
Berlatar belakangkan suasana mistik hutan yang dihuni pari-pari dan makhluk dari kayangan, Mak Yong Titis Sakti menceritakan kisah cinta tiga jenis iaitu cinta yang sempurna, cinta terlarang dan cinta yang tidak berbalas.
Keasyikan yang disulami dendangan muzik, tarian serta elemen komedi di dalamnya ini, pasti akan menghiburkan penonton, apatah bagi mereka yang tidak pernah mengenal Mak Yong sebelum ini.
Mak Yong merupakan persembahan tradisional tertua dan yang hampir pupus pada era moden hari ini. Pun begitu, teater tradisional ini diiktiraf sebagai Warisan Tidak Ketara UNESCO pada tahun 2005.
Pementasan Mak Yong Titis Sakti ini merupakan persembahan pembuka tirai acara sambutan ulang tahun The Actors Studio yang ke-30 pada 2018 nanti.
The post Makyong Titis Sakti: Pementasan pembuka tirai KLpac 2018 appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Makyong Titis Sakti: Pementasan pembuka tirai KLpac 2018
Anda sekarang membaca artikel Makyong Titis Sakti: Pementasan pembuka tirai KLpac 2018 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/makyong-titis-sakti-pementasan-pembuka.html