link : Malam Semalam !!!! Demo turun minyak, turun Najib gagal dapat sambutan
Malam Semalam !!!! Demo turun minyak, turun Najib gagal dapat sambutan
Cermin diri sendiri pemimpinan PH dulu....Madey mahu diangkat menjadi Pemimpin.Inilah Kebodohan puak PH.
KUALA LUMPUR: Perhimpunan tunjuk perasaan 'Turun Minyak Turun Najib' yang berlangsung malam Ambang Tahun Baru hambar, apabila hanya sekitar 500 peserta sahaja yang hadir.
Perhimpunan bermula di Kompleks Beli-belah Sogo di Kuala Lumpur seawal jam 9 malam tadi dan hadirin mula berarak ke Dataran Merdeka dua jam kemudian.
Sedikit kekecohan timbul apabila OCPD Dang Wangi Shaharudin Abdullah yang berada di lapangan meminta pihak penganjur mematuhi syarat-syarat yang telah dipersetujui.
Beliau juga meminta pihak penganjur tidak menggunakan pembesar suara dan para penunjuk perasaan tidak menganggu lalu-lintas ketika mereka berarak.
Peserta menyanyi dan melaungkan slogan 'Turun Najib, hancur Umno' dan juga 'Mansuh GST, Turun minyak'.
Bagaimanapun pihak polis menghentikan perhimpunan berkenaan kira-kira 200 meter dari Dataran Merdeka mengingatkan mereka perlu mematuhi syarat-syarat perhimpunan itu.
Sekitar jam 11.30 malam, Shaharuddin memberikan hadirin 15 minit untuk bersurai.
Selepas tengah malam sepasukan unit Light Strike Force polis berada di lokasi tetapi tiada tangkapan dibuat.
Shaharuddin memberitahu wartawan pihak polis akan menyiasat pihak penganjur kerana melanggar syarat-syarat dalam Akta Perhimpuna Aman 2012.
Demikianlah Artikel Malam Semalam !!!! Demo turun minyak, turun Najib gagal dapat sambutan
Sekianlah artikel Malam Semalam !!!! Demo turun minyak, turun Najib gagal dapat sambutan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Malam Semalam !!!! Demo turun minyak, turun Najib gagal dapat sambutan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/malam-semalam-demo-turun-minyak-turun.html