Mamat hilang sahabat

Mamat hilang sahabat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mamat hilang sahabat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mamat hilang sahabat
link : Mamat hilang sahabat

Baca juga


Mamat hilang sahabat

Selain keluarga, kehilangan sahabat yang sudah lama dikenali dan pernah bekerja bersama-sama agak memeritkan.

Apatah lagi, hubungan erat itu semestinya banyak melakar memori indah yang tidak dapat dilupakan.

Pada petang Khamis lalu, industri hiburan tanah air kehilangan pelakon berkaliber, Allahyarham Rab Khalid, 48, yang meninggal dunia akibat sakit jantung.

Apa pun, bagi penggemar karya arahan Mamat Khalid sudah pasti me­nyedari kehadiran Rab yang turut dikenali sebagai Yeh Sekupang.

Nama itu adalah watak lakonan arwah dalam filem Rumah Pusaka di Simpang Jalan.

Terdahulu, Rab atau nama sebenarnya Khalid Shamsuri disahkan meninggal dunia di Unit Penjagaan Koronori (CCU) Hospital Ampang, jam 4.15 petang Khamis lalu.

Mamat mengakui tahu arwah ketika hayatnya menghidap sakit jantung.

“Seingat saya, arwah pernah kena serangan jantung buat kali pertama beberapa bulan lalu.

“Serangan itu berlaku ketika arwah sibuk menguruskan acara menyelam di laut anjurannya.

“Apapun, saya tidak sang­ka seorang lagi rakan baik pergi buat selamanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat,” katanya.

Mamat berkata, dia mendapat tahu arwah dimasukkan ke hospital untuk rawatan pada Rabu lalu.

“Selepas diberitahu arwah Rab kena serangan jantung dan dirawat di hospital, saya terus bergegas dari Tanjung Malim, Perak ke Hospital Ampang untukmenziarahinya.

“Syukur, saya sempat bersama arwah dan memantau keadaan kesihatannya dari malam hingga jam 3 pagi Khamis lalu,” katanya.

Menurut pengarah filem Hantu Kak Limah itu, dia bagaimanapun pulang semula ke Tanjung Malim pada sebelah paginya.

“Selepas itu saya dapat berita arwah perlu bargantung dengan alat sokongan hayat.

“Tidak tunggu lama, dari Tanjung Malim saya terus ke Ampang semula. Ternyata, Allah SWT lebih menyaya­ngi Rab,”katanya.

Selain berlakon, arwah juga berbakat dalam dunia pengarahan. Ketika hayatnya, arwah sering membintangi karya arahan Mamat.

Antaranya Hantu Kak Limah, Rock Bro, Husin, Mon & Jin Pakai Toncit, Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya dan 16 Puasa.

Allahyarham dikebumikan di kampung halamannya di Parit Buntar, Perak pada pagi Jumaat lalu.

Urusan mandi dan kafan jenazah dilakukan di Hospital Ampang sebelum dibawa pulang ke Parit Buntar.

The post Mamat hilang sahabat appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Mamat hilang sahabat

Sekianlah artikel Mamat hilang sahabat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mamat hilang sahabat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/mamat-hilang-sahabat.html

Subscribe to receive free email updates: