MEDIA TIDAK BEBAS SEMASA ZAMAN MAHATHIR...JAUH LANGIT DENGAN BUMI LAH

MEDIA TIDAK BEBAS SEMASA ZAMAN MAHATHIR...JAUH LANGIT DENGAN BUMI LAH - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MEDIA TIDAK BEBAS SEMASA ZAMAN MAHATHIR...JAUH LANGIT DENGAN BUMI LAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MEDIA TIDAK BEBAS SEMASA ZAMAN MAHATHIR...JAUH LANGIT DENGAN BUMI LAH
link : MEDIA TIDAK BEBAS SEMASA ZAMAN MAHATHIR...JAUH LANGIT DENGAN BUMI LAH

Baca juga


MEDIA TIDAK BEBAS SEMASA ZAMAN MAHATHIR...JAUH LANGIT DENGAN BUMI LAH

Bekas Ketua Editor Malaysiakini, Fathi Aris Omar mengakui bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi lebih ruang kepada pengamal media serta memberi kebebasan terhadap mana – mana penerbitan termasuk milik pembangkang.

Jelas beliau, ianya berbeza ketika era pemerintahan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertindak menyekat dan menutup penerbitan majalah serta portal berita pro pembangkang, terutama sekali Malaysiakini.

“Kita tidak boleh memulakan perubahan dengan melupakan kisah lampau.

“Siapa yang tutup surat khabar? Adakah Najib? Najib hanya tutup The Malaysian Insider (TMI) sahaja. Dia tidak tutup Majalah Detik yang saya keluarkan dahulu. Dia tidak tutup Majalah Wasilah yang saya buat dahulu. Dia hanya saman saya sahaja. Dia tidak tutup Malaysiakini,” ujarnya dalam forum Adakah Mahathir Solusi Untuk Malaysia Yang Lebih Baik yang diadakan di auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), di sini, semalam.

Untuk rekod, pada 1985 wartawan dari tiga akhbar berpengaruh dikenakan denda antara RM7,000 hingga RM10,000 dalam tiga kes berasingan, semasa era pemerintahan Tun Mahathir.

Dua wartawan akhbar ‘Asian Wall Street Journal’, dibuang dari Malaysia ekoran menggunakan maklumat rasmi kerajaan untuk mendedahkan Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan waktu itu mendapat keuntungan peribadi daripada penjualan saham sebuah bank.

Seorang wartawan ‘New Straits Times’, Sabry Shariff didakwa kerana mendedahkan rahsia rasmi yang menunjukkan wujud penyelewengan dalam pembelian jet-jet pejuang.

OSA dipinda pada lewat 1986 dengan mengenakan hukuman penjara mandatori (wajib) sekurang-kurangnya setahun dan maksima tujuh tahun, malah hukuman boleh dikenakan terhadap sesiapa sehingga berjaya menakutkan ramai ahli politik, wartawan dan orang ramai.


Demikianlah Artikel MEDIA TIDAK BEBAS SEMASA ZAMAN MAHATHIR...JAUH LANGIT DENGAN BUMI LAH

Sekianlah artikel MEDIA TIDAK BEBAS SEMASA ZAMAN MAHATHIR...JAUH LANGIT DENGAN BUMI LAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MEDIA TIDAK BEBAS SEMASA ZAMAN MAHATHIR...JAUH LANGIT DENGAN BUMI LAH dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/media-tidak-bebas-semasa-zaman.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :