link : MOHON MAAF MAHATHIR TAK BERSIHKAN DIRINYA DARI “DARAH MANGSA MEMALI” – PAS
MOHON MAAF MAHATHIR TAK BERSIHKAN DIRINYA DARI “DARAH MANGSA MEMALI” – PAS
Permohonan maaf Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan sesekali membersihkan beliau dari terpalit dengan “darah korban Memali” yang menggemparkan negara kira-kira 32 tahun yang lalu.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor berkata, kelicikkan Mahathir yang cuba menyalahkan Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, berhubung peristiwa berdarah itu perlu diperbetulkan semula faktanya.
“Onarnya (Mahathir) terserlah lagi dengan tuduhan tajam terhadap PAS dan pihak yang tidak menyokong beliau, ucapan beliau pada Perhimpunan Agung Tahunan Pertama PPBM di Ideal Convention Center, Shah Alam.
“Muntahan maafnya di perhimpunan kelmarin hanya sekadar strategi politik dan opera sebuah kegilaan kuasa yang tak pernah diredam. Dalam maaf itu, kesumat dendam dihamburkan tanpa segan silu dengan fitnah:
“(1) Memfitnah PAS “dakwa bahawa orang yang tidak menyertai PAS (termasuk Mufti-Mufti dan Raja-Raja) adalah kafir”.
“(2) Memfitnah “Ibrahim Libya merancang untuk kononnya mengguna pemberontakan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan”.
“(3) Memfitnah “pengikut Ibrahim telah bunuh empat orang polis kerana pada mereka polis ini adalah kafir yang bekerja dengan kerajaan kafir”.
“(4) Memfitnah mufti-mufti dengan mendakwa bahawa mereka, bukan beliau, bertanggungjawab ke atas berlakunya Peristiwa Memali,” katanya dalam satu kenyataan media di Harakahdaily.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor
Mengimbas kembali insiden yang mencetus kemarahan rakyat termasuk orang UMNO itu, Dr Riduan menceritakan tentang beberapa tokoh PAS ketika itu yang telah menjadi mangsa tahanan Mahathir di bawah ISA.
“Pada tahun 1984, berlaku tangkapan kepada tokoh-tokoh pimpinan Pemuda PAS di bawah ISA, antaranya Ustaz Abu bakar Chik, Ustaz Abdul Latif Mohamad, Ustaz Bunyamin Yaakob dan Ustaz Ibrahim antara nama yang tersenarai untuk ditahan tanpa bicara,” katanya.
Namun begitu, beliau berkata, rejim Mahathir ketika itu gagal menahan Allahyarham Ibrahim ekoran beliau dikawal dengan rapi oleh para penyokongnya di Memali, Baling.
“Maka akhirnya pada 19 November 1985 berlakulah tragedi yang memerihkan hati umat Islam negara ini, plot ceritanya hampir sama dengan peristiwa Talangsari dan Tanjung Periuk di Indonesia.
“Ribuan anggota keselamatan dikerah untuk mengepung Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya, warga desa tak berdosa. Memali bergema dengan ledakan senjata api, mengalir darah syuhada bahkan menyebabkan anggota polis juga terkorban dalam misi ini.
“Panggung misteri belum terungkap, dengan senjata apakah anggota polis itu terbunuh.
“Usai tragedi Memali, seluruh media perdana terus menghukum Ustaz Ibrahim dan pengikutnya sebagai penganut ajaran sesat, manakala ulama PAS dan ulama pondok di Kedah seperti Tuan Guru Haji Umar Zuhdi, Tuan Guru Yahya Juneid mengisytiharkan mereka yang teraniaya itu sebagai syuhada,” cerita beliau menyingkap kenangan pahit itu.
Justeru itu, AJK PAS Pusat itu mengecam keras tindakan licik Mahathir yang cuba menyalahkan Presidennya yang sengaja dikaitkan dengan “Amanat Haji Hadi” yang kononnya menjadi punca peristiwa tersebut.
Malah Dr Riduan sekali lagi menggesa Kerajaan Malaysia supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kembali tragedi Memali yang difahamkan sengaja “ditutup rapi” ketika Mahathir memerintah negara.
“Dr Mahathir dalam usaha mensucikan diri, sekali lagi menyalahkan apa yang dinamakan ‘Amanat Haji Hadi’ sebagai pemicu kepada tragedi pembantaian kejam 19 November 1985, bahkan diseret sekali pihak mufti-mufti untuk memikul beban kesalahan beliau.
“Suruhanjaya Siasatan Diraja wajib membuka kembali siasatan dan membersihkan nama-nama mangsa tragedi berdarah ini. Keadilan mestilah diberikan kepada seluruh mangsa serta membayar pampasan yang seadilnya kepada mangsa yang terlibat.
“Seret pelaku jenayah ini ke muka pengadilan semoga tragedi ini tak akan berulang lagi di tanah leluhur ini,” tegas pemimpin PAS itu. – Kedahnews.com

Demikianlah Artikel MOHON MAAF MAHATHIR TAK BERSIHKAN DIRINYA DARI “DARAH MANGSA MEMALI” – PAS
Sekianlah artikel MOHON MAAF MAHATHIR TAK BERSIHKAN DIRINYA DARI “DARAH MANGSA MEMALI” – PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MOHON MAAF MAHATHIR TAK BERSIHKAN DIRINYA DARI “DARAH MANGSA MEMALI” – PAS dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/mohon-maaf-mahathir-tak-bersihkan.html