Naik gaji tak selesai masalah kos sara hidup - MPN

Naik gaji tak selesai masalah kos sara hidup - MPN - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Naik gaji tak selesai masalah kos sara hidup - MPN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Naik gaji tak selesai masalah kos sara hidup - MPN
link : Naik gaji tak selesai masalah kos sara hidup - MPN

Baca juga


Naik gaji tak selesai masalah kos sara hidup - MPN

SHAH ALAM - Kerajaan boleh mempertimbangkan cadangan kenaikan gaji perkhidmatan awam dengan mengambil kira kemampuan kewangan semasa.

Ahli Jawatankuasa Kluster Ekonomi & Pengurusan Majlis Profesor Negara (MPN), Datuk Dr Mohamed Mustafa Mohd Hanefah berkata, bagaimanapun pemberian insentif berbentuk kewangan bukanlah jalan terbaik menyelesaikan masalah kos sara hidup.

“Harga minyak dunia yang kini hampir mencecah AS$70 setong, secara tidak langsung memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah.

“Mungkin kerajaan boleh beri satu insentif sebagai pemberian khas untuk penjawat awam berpendapatan rendah, tapi adakah itu akan menyelesaikan masalah kenaikan kos sara hidup?

"Tetapi jika kerajaan mahu pertimbangkan juga, ia perlulah mengikut kemampuan kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda meminta kerajaan mempertimbangkan kenaikan gaji kakitangan awam dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya awal tahun ini.

Katanya, perkara itu sangat wajar dinilai oleh kerajaan kerana kakitangan awam kini dihimpit kenaikan kos sara hidup sangat tinggi dan keperluan memiliki rumah.

Mengulas lanjut, Mohamed Mustafa berpendapat, pemberian insentif bukan dalam bentuk tunai oleh kerajaan adalah penyelesaian yang baik bagi membantu golongan berpendapatan rendah terutama penjawat awam.

“Sebagai contoh, mungkin kerajaan boleh beri insentif atau bantuan dari segi tambang bas sekolah anak, yang dilihat lebih sesuai bagi meringankan beban terutama mereka yang memiliki anak ramai.

“Tapi, apabila insentif secara tunai atau kenaikan gaji diberikan, perbelanjaan akan bertambah, sekali gus akan memberi kesan ke atas ekonomi, dengan harga barangan juga akan naik. Jadi, masalah kos sara hidup tak akan selesai,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Naik gaji tak selesai masalah kos sara hidup - MPN

Sekianlah artikel Naik gaji tak selesai masalah kos sara hidup - MPN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Naik gaji tak selesai masalah kos sara hidup - MPN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/naik-gaji-tak-selesai-masalah-kos-sara.html

Subscribe to receive free email updates: