Nora Danish rindu berlakon

Nora Danish rindu berlakon - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nora Danish rindu berlakon, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nora Danish rindu berlakon
link : Nora Danish rindu berlakon

Baca juga


Nora Danish rindu berlakon

SELEPAS lama berehat, Nora Danish mengakui rindu untuk kembali aktif dalam dunia seni.

Rentetan itu, selebriti berusia 35 tahun ini bersedia membuat kemunculan semula selepas bersalin dan berpantang.

“Saya rindu sangat nak berlakon. Lagipun, saya dah berehat sejak bernikah dan kemudian hamil. Jadi, saya plan selepas berpantang dan dah kembali sihat, dapat bentuk tubuh badan normal, Insya-ALLAH saya akan terus bekerja,” katanya.

Lebih bertuah, bintang filem Polis Evo ini turut mendapat sokongan penuh daripada suaminya, Nedim Nazri.

“Suami sangat menyokong malah dia sendiri yang tawar diri nak jaga anak nanti. Dia memang suka baby. He is a loving father,” katanya sambil ketawa.

Pun begitu, pelakon yang popular menerusi sitkom Puteri ini mengakui terpaksa bersikap lebih selektif menerima tawaran kerana tidak mahu jadual bekerja terlalu padat. Tambahan pula, katanya, dia akan memberi perhatian kepada anak kecilnya selepas ini.

Kini, usia kandungan bintang filem Suami Aku Ustaz ini sudah pun berusia tujuh bulan dan dijangka melahirkan anak pada 9 Mac depan.

Tidak mahu berdiam diri, Nora bagaimanapun aktif menguruskan perniagaannya.

Terbaru, bintang filem Chowrasta ini memberi sepenuh perhatian terhadap kosmetik miliknya, Oh Most Wanted! yang diusahakan bersama lima sahabatnya, sejak dua tahun lalu.

“Sebelum ini, saya hanya terlibat secara langsung di belakang tabir kerana masih terikat dengan kontrak sebagai duta penjagaan kulit dan kecantikan,” katanya.

Katanya, Oh My Wanted mempunyai empat produk iaitu Magic Foundation with SPF50, Pout-fect Lip Cream, Magic Blender dan Magic Wand yang diformulasikan untuk kegunaan harian.

Kongsinya, produk berkenaan istimewa kerana kandungannya dikategorikan sebagai cosmeuceutical atau kosmetik dan farmaseutikal.

“Selain pasaran tempatan, kami juga sedang mengintai peluang eksport ke Indonesia, Thailand, Filipina dan beberapa negara Eropah tahun ini,” katanya.

Pada masa sama, Nora juga sedang menunggu tayangan dua filem lakonannya, Makrifat Cinta dan Bukan Cinta Malaikat yang bakal ke pawagam, bulan ini.

The post Nora Danish rindu berlakon appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Nora Danish rindu berlakon

Sekianlah artikel Nora Danish rindu berlakon kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nora Danish rindu berlakon dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/nora-danish-rindu-berlakon.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :