link : PAN SUDAH KECUNDANG AWAL...TANDA TANDA AWAL KEJATUHAN
PAN SUDAH KECUNDANG AWAL...TANDA TANDA AWAL KEJATUHAN
Agihan kerusi Parlimen dalam Pakatan Harapan diketuai DAP jelas menunjukkan PAN yang sebelum ini melaungkan amaran kononnya mahu menggantikan peranan Pas telah ‘diperbudakkan’.
Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, paling ketara memperbudakkan PAN adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) apabila membolot kedua-dua kerusi PAN di Wilayah Persekutuan dan Perlis sehingga mereka tiada wakil di dua negeri tersebut.
“Daripada 65 kerusi Parlimen yang ditandingi Pas dalam pilihan raya dahulu, PAN hanya diberikan 25 kerusi sahaja atau 38 peratus, berbanding 35 yang diberikan kepada PPBM, empat kepada PKR dan satu kepada DAP. Markah 38 peratus adalah bukti nyata kegagalan awal PAN.
“Selain itu, jika betul DAP menghormati PAN dan konsep Islamnya, mengapa tidak diberikan sahaja mana-mana kerusi milik DAP kepada PAN bukan kepada PPBM sebagai tukaran kepada kerusi P148 Ayer Hitam milik PAN itu?” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali melihat PAN mempunyai masa depan yang amat kelam dalam dunia politik negara.
Jelas beliau, PAN adalah sebuah parti serpihan yang kekuatannya meliputi antara 20 hingga 30 penyokong akar umbi Pas, jadi parti berteraskan Islam itu bukanlah saingan UMNO dan Pas di kawasan majoriti Melayu.
“PAN hanya mampu bersaing dalam kawasan bandar dengan jumlah pengundi Cina melebihi 15 peratus. Untuk kekal relevan dalam politik Malaysia, tidak cukup PAN menang di kawasan bandar dan ramai pengundi Cina semata-mata tetapi PAN perlu menang di kawasan luar bandar dan pengundi majoriti Melayu,” tegas beliau
– Utusan Online

Demikianlah Artikel PAN SUDAH KECUNDANG AWAL...TANDA TANDA AWAL KEJATUHAN
Sekianlah artikel PAN SUDAH KECUNDANG AWAL...TANDA TANDA AWAL KEJATUHAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAN SUDAH KECUNDANG AWAL...TANDA TANDA AWAL KEJATUHAN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/pan-sudah-kecundang-awaltanda-tanda.html