PARKIR PERCUMA DI KLIA UNTUK ELAK KESESAKAN

PARKIR PERCUMA DI KLIA UNTUK ELAK KESESAKAN - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PARKIR PERCUMA DI KLIA UNTUK ELAK KESESAKAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PARKIR PERCUMA DI KLIA UNTUK ELAK KESESAKAN
link : PARKIR PERCUMA DI KLIA UNTUK ELAK KESESAKAN

Baca juga


PARKIR PERCUMA DI KLIA UNTUK ELAK KESESAKAN

Pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menyediakan ruang parkir percuma untuk mereka yang menunggu ketibaan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 bagi melancarkan aliran trafik di kawasan lapangan terbang.

 Pengarah urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali berkata banyak kenderaan didapati berhenti di tepi jalan berhampiran pam stesen Petronas sebelum ke klia2 dan juga di kawasan aras ketibaan KLIA kerana menunggu ketibaan penumpang.

Sebagai langkah penyelesaian, MAHB menyediakan ruang parkir percuma di tepi kawasan long term car park (LTCP) atau percuma selama setengah jam untuk parkir di LTCP.

“Sekiranya waktu menunggu lebih setengah jam di LTCP, kita hanya mengenakan caj parkir yang berpatutan iaitu RM2.50 sejam,” katanya kepada media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas Pegawai dan Pembantu Keselamatan Penerbangan (Polis Bantuan) MAHB di sini hari ini.

Ketua polis Selangor Datuk Mazlan Mansor, yang turut hadir pada majlis itu, berkata pihaknya tidak akan bertoleransi lagi dengan mereka yang meletakkan kenderaan di tepi-tepi jalan memandangkan pihak MAHB telah menyediakan kawasan menunggu yang sesuai.

“Kita telah mula pada tahun ini dengan mengeluarkan saman kepada mereka yang melanggar undang-undang termasuk kompaun yang maksimum atas setiap kesalahan yang dilakukan serta akan memasang kamera litar tertutup di lokasi strategik,” katanya. — Bernama


Demikianlah Artikel PARKIR PERCUMA DI KLIA UNTUK ELAK KESESAKAN

Sekianlah artikel PARKIR PERCUMA DI KLIA UNTUK ELAK KESESAKAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PARKIR PERCUMA DI KLIA UNTUK ELAK KESESAKAN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/parkir-percuma-di-klia-untuk-elak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :