Perjuangan Reformasi 1998 Tiada Nilai, Hanya Tinggal Di Atas Kertas – Irmohizam

Perjuangan Reformasi 1998 Tiada Nilai, Hanya Tinggal Di Atas Kertas – Irmohizam - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perjuangan Reformasi 1998 Tiada Nilai, Hanya Tinggal Di Atas Kertas – Irmohizam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perjuangan Reformasi 1998 Tiada Nilai, Hanya Tinggal Di Atas Kertas – Irmohizam
link : Perjuangan Reformasi 1998 Tiada Nilai, Hanya Tinggal Di Atas Kertas – Irmohizam

Baca juga


Perjuangan Reformasi 1998 Tiada Nilai, Hanya Tinggal Di Atas Kertas – Irmohizam

Perjuangan Reformasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini hanya tinggal di atas kertas sahaja, ujar ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim.

Semakin jelas perjuangan parti yang ditubuhkan semata-mata atas nama individu Anwar Ibrahim hanyalah mengelirukan rakyat, bidasnya.

“Kini perjuangan PKR hanyalah di atas kertas sahaja. Prinsip perjuangan PKR ini hanyalah mengelirukan rakyat dan mengecewakan penyokong mereka sahaja.

“Keputusan calon perdana menteri Pakatan Harapan yang meletakkan Tun Mahathir jika memenangi pilihan raya umum (PRU) 14 telah mengundang perasaan tidak puas hati sesetengah ahli reformis 1998 di kalangan komponen mereka,” jelas Irmohizam dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Pada konvensyen pakatan hujung minggu baru-baru ini, terdapat beberapa pengasas reformasi PKR membuat demo bantahan dan pemimpin parti berkenaan menyatakan ketidakpuasan hati atas keputusan pencalonan calon perdana menteri pakatan pembangkang tersebut.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu turut berpandangan Tun Mahathir akan hanya menggunakan kedudukan tersebut sebagai langkah persiapan anaknya iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai perdana menteri sahaja.

“Ini kerana sejarah terbukti bagaimana Tun Mahathir sewaktu menjadi perdana menteri pernah memecat timbalan-timbalan beliau dahulu demi kuasa.

“Apakah sejarah akan berulang kembali ketika mana Tun Mahathir berada di Pakatan Harapan?,” soalnya.

Justeru tambahnya lagi, pengumuman Tun Mahathir sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan boleh menyebabkan ekonomi Malaysia menjadi tergugat serta tidak sihat dan menakutkan pelabur ke Malaysia.

“Para pelabur akan bertambah bimbang dan ragu terhadap kepimpinan Tun Mahathir dan takut untuk berurusan dengan Malaysia.

“Kita harus mengambil iktibar sepertimana negara Zimbabwe yang rakyatnya menolak pemerintahan kuku besi Mugabe selama hampir tiga dekad memerintah,” tegasnya.

Dalam pada masa yang sama, Irmohizam turut membuat perbandingan antara pembangkang yang sering membuat provokasi dengan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa menunaikan janji kepada rakyat.

“Inilah yang membezakan antara kerajaan BN dan pembangkang yang tidak pernah sunyi dari melakukan provokasi dalam memburukkan kerajaan.

“Berbeza dengan kerajaan BN yang tidak menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat. Tetapi cahaya bulan dan bintang itu pasti bergemerlapan sebagaimana janji-janji yang telah dijanjikan dan ditepati,” ujarnya. – Media UMNO.


Demikianlah Artikel Perjuangan Reformasi 1998 Tiada Nilai, Hanya Tinggal Di Atas Kertas – Irmohizam

Sekianlah artikel Perjuangan Reformasi 1998 Tiada Nilai, Hanya Tinggal Di Atas Kertas – Irmohizam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perjuangan Reformasi 1998 Tiada Nilai, Hanya Tinggal Di Atas Kertas – Irmohizam dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/perjuangan-reformasi-1998-tiada-nilai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :