"Saya akan jawab setiap tuduhan Mahathir" - Khairy

"Saya akan jawab setiap tuduhan Mahathir" - Khairy - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Saya akan jawab setiap tuduhan Mahathir" - Khairy, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Saya akan jawab setiap tuduhan Mahathir" - Khairy
link : "Saya akan jawab setiap tuduhan Mahathir" - Khairy

Baca juga


"Saya akan jawab setiap tuduhan Mahathir" - Khairy

Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin yang juga merupakan menteri bertanggungjawab atas pengumpulan aspirasi belia untuk Transformasi Nasional 2050 (TN50) melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan Tun Mahathir Mohamad berhubung tuduhan yang dilemparkan mengenai TN50.

Menurut Khairy, kenyataan yang dilemparkan Mahathir bahawa TN50 merupakan tiruan Wawasan 2020 dan seolah-olah pengakuan bahawa Wawasan 2020 tidak akan tercapai serta usaha untuk mengalih tumpuan rakyat daripada Wawasan 2020 adalah tidak tepat dan bersikap peribadi.

"Saya akan menjawab setiap tuduhan tersebut. Tuduhan bahawa TN50 merupakan tiruan Wawasan 2020...TN50 merupakan kesinambungan kepada perancangan jangka panjang yang sudah menjadi amalan dalam usaha membangunkan Malaysia. Antara perancangan jangka masa panjang utama yang telah memacu pembangunan negara adalah Dasar Ekonomi Baru (1971-90) dan juga Wawasan 2020 (1991-2020) yang telah menghasilkan, antara lain, Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan Negara.

"Oleh kerana Wawasan 2020 akan tamat pada tahun 2020, kita perlu ada satu aspirasi negara baharu yang mengambil kira perkembangan terkini yang tidak wujud sewaktu Wawasan 2020 diperkenalkan. Apakah Tun Dr Mahathir berpandangan bahawa selepas tahun 2020, kita tidak perlu lagi apa-apa perancangan jangka masa panjang dan tidak perlu lagi aspirasi yang baharu untuk membawa Negara kita jauh ke hadapan? Saya rasa rakyat Malaysia ingin melihat kita meletakkan sasaran yang lebih tinggi untuk 30 tahun akan datang dan bukannya menjadi sebuah negara yang stagnant dan tidak lagi mengejar kemajuan.

"TN50 juga terpaksa mangambil kira perkembangan yang baharu yang tidak wujud dahulu. Wawasan 2020 tidak dapat menyediakan Malaysia untuk berhadapan dengan gangguan teknologi seperti artificial intelligence, augmented reality, dan Internet of Things. Wawasan 2020 tidak menjangkakan Revolusi Industri ke-Empat yang bakal mengubah model pembangunan ekonomi dunia. Wawasan 2020 tidak mengambil kira perkembangan masa depan yang ketara seperti penuaan masyarakat (aging society), kadar urbanisasi yang pantas dan keperluan untuk menjana tenaga hijau. Ini antara sebab TN50 diperlukan - kerana perkara-perkara ini adalah pola baharu dan tidak "terkandung dalam Wawasan 2020.

"Antara perbezaan ketara TN50 dan Wawasan 2020 juga adalah pendekatan dan pelaksanaan. Dalam menyediakan TN50, kerajaan mengambil pendekatan bottom-up, menghormati suara rakyat. Puluhan ribu aspirasi dikumpul daripada jutaan rakyat Malaysia supaya masa depan Negara kita dibina atas impian dan aspirasi rakyat sendiri. Ini berbeza dengan Wawasan 2020 yang tidak mengumpulkan suara rakyat tetapi merupakan satu top-down vision yang diumumkan oleh Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri bermula dengan satu ucapan pada tahun 1991.

"Secara mudahnya, TN50 bukan semata-mata legasi Datuk Seri Najib Razak, kerajaan Barisan Nasional atau parti UMNO tetapi adalah legasi setiap rakyat Malaysia yang telah berkongsikan aspirasi mereka. Satu lagi perbezaan ketara ialah Wawasan 2020 tidak mempunyai pelan pelaksanaan yang teliti, yang disertakan dengan sasaran kuantitatif untuk semua cabaran-cabaran yang dinyatakan. TN50 bakal melihat satu pelan pelaksanaan yang teliti bersama dengan sasaran kuantitatif yang jelas bagi mencapai aspirasi negara menjelang tahun 2050," jawabnya panjang lebar dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menjawab kepada tuduhan bahawa TN50 adalah pengakuan Wawasan 2020 telah gagal, Khairy berkata, mengikut ramalan Bank Dunia, Malaysia dijangka melepasi nilai ambang negara berpendapatan tinggi (Pendapatan Negara Kasar per kapita sebanyak USD 12, 236) seawal tahun 2020 dan selewat-lewatnya pada tahun 2024 bergantung kepada faktor ekonomi dunia.

"Itu merupakan satu-satunya sasaran jelas Wawasan 2020. Cabaran Wawasan 2020 yang lain merupakan cabaran deskriptif dan aspirasi-aspirasi seperti "Negara Malaysia yang Bersatu", "Masyarakatpenyayang" dan "Masyarakat demokratik yang matang" yang memerlukan usaha berterusan melangkaui tahun 2020, juga tahun 2050, bahkan harus diteruskan selama-lamanya," katanya.

Khairy turut menyelar tuduhan Tun Mahathir bahawa TN50 adalah usaha untuk mengalihkan tumpuan rakyat daripada Wawasan 2020 kerana ia merupakan kesinambungan kepada perancangan jangka masa panjang dahulu seperti DEB dan Wawasan 2020.

"Saya tidak pernah menidakkan Wawasan 2020. Walaupun saya tidak setuju dengan pelbagai dasar dan pendekatan Tun Dr Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri, antara perkara yang saya setuju dan sokong adalah Wawasan 2020. Saya bangga menjadi sebahagian daripada Generasi Wawasan 2020. Dan saya mahu anak muda hari ini merasa bangga kerana mereka adalah Generasi TN50," katanya.

Diakhir kenyataannya, Khairy turut melahirkan rasa sedih dan kecewanya terhadap tindakan Tun Mahathir sekarang ini yang menolak aspirasi lolektif rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan muda untuk masa depan mereka.

"Berjuta-juta telah tampil untuk berkongsi harapan, mimpi dan aspirasi mereka membina masa depan, bersama-sama. Tetapi untuk anda, ia hanya mengenai warisan peribadi anda. Ia telah dikurangkan kepada Visi 2020 VS TN50. Betapa sedihnya. Dan betapa kecilnya. Saya telah menjelaskan banyak kali dengan terperinci bagaimana kedua-duanya adalah sebahagian daripada cerita besar cerita Malaysia. Satu kontinum kejayaan dan pembangunan. Tetapi untuk anda, itu semua mengenai warisan anda. Saya sendiri, Mahathir.

"Saya harap generasi akan datang di Malaysia tidak akan menjadi 'bernafsu' dan bersemangat untuk membuatkan mereka menyokong apa yang patut mendapat sokongandan memberi kredit di mana ia perlu dibayar. Ia hanya dengan semangat kemurnian yang kita kehendaki untuk menjadi tamadun yang hebat," katanya.


Demikianlah Artikel "Saya akan jawab setiap tuduhan Mahathir" - Khairy

Sekianlah artikel "Saya akan jawab setiap tuduhan Mahathir" - Khairy kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Saya akan jawab setiap tuduhan Mahathir" - Khairy dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/saya-akan-jawab-setiap-tuduhan-mahathir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :