link : “Saya Okay, Alhamdulillah” – Farid Kamil
“Saya Okay, Alhamdulillah” – Farid Kamil
Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil mengesahkan dirinya kini dalam keadaan baik dan beliau bersyukur kerana proses siasatan yang di jalaninya setakat ini berjalan lancar.
Menerusi laman Instagram Hlive, menunjukkan Farid yang berkemeja berwarna kelabu diiringi anggota polis untuk masuk ke dalam kereta polis jenis Proton Preve selepas selesai prosiding reman di Mahkamah Majistret, Petaling Jaya yang mengambil masa kira-kira sejam, hari ini.
“Kesihatan semua Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah. Semua berlangsung dengan aman,” katanya sambil tersenyum.
“Dahi kenapa?,” tanya pihak mediaDahi kenapa?,” tanya pihak media.
“Dahi? Oh, tak ada apa. Biasalah tu…”, balasnya sambil tersenyum
“Farid okay?!”, tanya pihak media lagi.
Okay! Alhamdulillah!, jawabnya sambil menoleh ke arah pihak media dan memberikan senyuman sebelum masuk ke dalam kereta.
Laporan akhbar menyebut, tempoh reman suami kepada aktres Diana Danielle itu dilanjutkan sehari hari lagi bagi membantu siasatan terhadap dakwaan dia menampar seorang anggota polis dan menyepak orang awam ketika berada di kaunter Cawangan Trafik, Balai Polis Kota Damansara di sini, Khamis lalu.
The post “Saya Okay, Alhamdulillah” – Farid Kamil appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel “Saya Okay, Alhamdulillah” – Farid Kamil
Anda sekarang membaca artikel “Saya Okay, Alhamdulillah” – Farid Kamil dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/saya-okay-alhamdulillah-farid-kamil.html