Sniperz tetap rock

Sniperz tetap rock - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sniperz tetap rock, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sniperz tetap rock
link : Sniperz tetap rock

Baca juga


Sniperz tetap rock

Nama kumpulan rock Sniperz bukanlah asing dalam kalangan peminat muzik rock di Ipoh, Perak.

Kumpulan yang tampil dengan imej pakaian ala tentera ini ditubuhkan pada 2009 dan ketika itu dianggotai Azmie sebagai vokalis, Poi (gitar), Zex (bass) dan Lan (dram).

Mereka yang menjadikan Wings, Amuk, Loudness dan Deep Purple sebagai idola memilih menampilkan muzik rock & roll tampil dengan album pertama berjudul E7J yang memuatkan enam lagu.

Seakan-akan kelaziman apabila berlaku pertukaran anggota dan situasi ini turut dilalui mereka yang kehilangan Zex yang berhijrah ke Pahang pada 2011 yang digantikan Din.

Pada 2015 Lan pula berhijrah ke Shah Alam dan tempatnya digantikan Aroud pada tahun lalu.

“Mereka ada alasan sendiri dan bukanlah keluar kerana berkrisis. Apabila Lan berhijrah, kami ambil keputusan menggunakan pemain dram undangan dan selepas beberapa lama baru ambil Aroud.

“Sniperz bersyukur kerana berpeluang menjayakan pelbagai show di Ipoh dan juga beberapa lokasi lain di seluruh negara. Cuma kami mungkin tak dikenali peminat kerana jarang muncul di media massa,” kata Azmi.

Sniperz kini muncul dengan album ketiga berjudul M.I.S.I ‘17 terbitan Burn Crossfire di bawah syarikat Quantize Studio & Production.

Mereka percaya album yang diedarkan Decade Records ini mampu memenuhi cita rasa peminat genre rock & roll.

“Dalam album pertama sebelum ini, kami sendiri bertindak sebagai penerbit. Begitu juga dengan penghasilan single Ameera selepas itu.

“Tapi untuk kali ini, kami serahkan kepercayaan sepenuhnya kepada Burn untuk mencurahkan idea dan pengalamannya dalam album ini,” katanya.

Sniperz mengakui Burn tidak kedekut ilmu dan banyak berkongsi pengalamannya sepanjang terbabit sebagai anak seni.

“Dia turut mencipta lagu berjudul Kata Kunci manakala lagu Nafsu Dunia dicipta Aim Crossfire. Album ini memuatkan empat lagu iaitu Kata Kunci, Nafsu Dunia, Mencari dan Ibnu Sina,” kata mereka.

The post Sniperz tetap rock appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Sniperz tetap rock

Sekianlah artikel Sniperz tetap rock kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sniperz tetap rock dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/sniperz-tetap-rock.html

Subscribe to receive free email updates: