Tuan Ibrahim ulas kes Mahfuz... buah busuk jatuh sendiri

Tuan Ibrahim ulas kes Mahfuz... buah busuk jatuh sendiri - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tuan Ibrahim ulas kes Mahfuz... buah busuk jatuh sendiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tuan Ibrahim ulas kes Mahfuz... buah busuk jatuh sendiri
link : Tuan Ibrahim ulas kes Mahfuz... buah busuk jatuh sendiri

Baca juga


Tuan Ibrahim ulas kes Mahfuz... buah busuk jatuh sendiri

“(Buah) harumanis bila dah busuk, dia jatuh sendiri" itu antara petikan di laman facebook Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dipercayai mengulas kes Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar umum keluar PAS.

Harumanis adalah buah mangga asal Perlis yang mana kulisnya hijau tapi isi dalam berwarna oren.

Ia selalu dijadikan perlambangan pemimpin PAS yang cenderung kepada Parti Amanah Negara (PAN) yang merupakan serpihan PAS.

Menurut Tuan Ibrahim ‘harumanis’ akan jatuh sendiri ke tanah apabila tidak dipedulikan pemiliknya.

“Harumanis bila dah busuk, dia jatuh sendiri dan pada waktu itu sekupang pun orang tak tak mahu beli,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengumumkan untuk meninggalkan PAS selepas lebih 20 tahun berada dalam parti itu.

Berdasarkan isi kandungan surat kepada Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, Mahfuz berkata, pemberhentian sebagai ahli PAS berkuat kuasa 11.59 malam pada Ahad.

Bagaimanapun, Mahfuz berkata, beliau belum memutuskan parti mana yang akan disertainya.

“Jangan jadi seperti ayam betina, bila bertelor dia sendiri terkejut dengan telornya, riuh sekampung. Namun tiada siapa pun peduli kecuali jenis ayam juga,” jelas Tuan Ibrahim lagi.


Demikianlah Artikel Tuan Ibrahim ulas kes Mahfuz... buah busuk jatuh sendiri

Sekianlah artikel Tuan Ibrahim ulas kes Mahfuz... buah busuk jatuh sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tuan Ibrahim ulas kes Mahfuz... buah busuk jatuh sendiri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/tuan-ibrahim-ulas-kes-mahfuz-buah-busuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :