Tun M sanggup salahkan orang lain hingga tahap berbohong?

Tun M sanggup salahkan orang lain hingga tahap berbohong? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun M sanggup salahkan orang lain hingga tahap berbohong?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun M sanggup salahkan orang lain hingga tahap berbohong?
link : Tun M sanggup salahkan orang lain hingga tahap berbohong?

Baca juga


Tun M sanggup salahkan orang lain hingga tahap berbohong?

 Sikap suka menyalahkan orang lain seolah-olah sudah semakin sebati di dalam diri Tun Dr. Mahathir Mohamad, bidas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Terbaru, dalam isu pemecatan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas pada penghujung tahun 1980-an dahulu ketika Tun Mahathir memegang tampuk pentadbiran negara dengan jelas beliau menuding jari ianya berlaku atas kehendak Yang DiPertuan Agung ketika itu, Sultan Iskandar Sultan Ismail (Almarhum).

“Tun M sudah jadi penghukum dan suka menyalahkan orang lain. Terbaru Tun M tuduh Tun Salleh Abas dipecat atas kehendak bekas Yang DiPertuan Agung ketika itu.

“Dia juga menyalahkan bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman kerana menggunakan nama beliau. Abu Talib Othman menafikannya. Menurut beliau, surat Tun Salleh Abas kepada Agung bukan kerana isu bunyi bising ekoran kerja ubah suai rumah Tuanku seperti yang didakwa oleh Tun M.

“Tetapi surat Salleh Abas adalah berkenaan dengan rasa tidak puas hati para hakim kerana Tun M telah menyerang institusi kehakiman secara terbuka termasuk di Parlimen,” jelas Puad di dalam catatan terbaharu di facebooknya.

Baru-baru ini Tun M sanggup bersumpah dengan al-Quran bahawa pemecatan bekas Ketua Hakim Negara itu bukan disebabkan olehnya.

Tambah Puad, jika Tun Salleh Abas masih hidup sudah tentu perkara ini diberikan penjelasan yang lebih terperinci mengenainya.

“Kita juga ingin tahu apa pendirian Zaid Ibrahim sekarang.

“Masa dia jadi menteri yang jaga undang-undang 2008 dia mencadangkan supaya kerajaan memohon maaf kepada semua hakim yang dipecat ketika itu termasuk membayar pampasan.

“Bahkan bayaran pampasan telah dibuat,” katanya lagi.

Sebenarnya, dengan merujuk buku ‘May Day for Justice’ yang ditulis oleh Tun Salleh dan K Das, ia mampu merungkai isu krisis kehakiman 1988 tersebut, ujar Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat itu.

“Dalam buku itu dijelaskan, Tun M mula mengkritik secara terbuka Institusi ‘Judiciary’ ekoran pemilihan UMNO 1987 di mana Tun M menang tipis ke atas Tengku Razaliegh.

“11 orang ahli UMNO (asalnya 12) mengheret kes itu ke Mahkamah. Akibatnya UMNO diisytihar haram tetapi keputusan pemilihan dikekalkan, 11 orang itu membuat rayuan dan sepatutnya didengar pada 13 Jun 1988.

“Maka di situlah menurut buku itu masalah bermula antara Tun M dengan Ketua Hakim Negara. Tun M bimbang rayuan 11 orang itu akan diterima dan pemilihan UMNO dibuat semula,” katanya.

Tambahnya menurut buku itu lagi, Tun Salleh yang tidak senang hati dengan kritikan terbuka itu telah mengadakan mesyuarat khas bersama 20 hakim yang lain pada 25 Mac 1988.

“Keputusannya ialah menghantar surat kepada Yang DiPertuan Agung untuk menyatakan rasa tidak puas hati para hakim terhadap Tun M.

“Ibarat disorong bantal, Tun M didakwa mengambil kesempatan sebagai perdana menteri menasihatkan Yang DiPertuan Agung untuk memecat Tun Salleh Abas.

“Tidak berapa lama selepas dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, Tun Hamid Omar mengenepikan permohonan rayuan 11 orang bekas ahli UMNO itu,” katanya yang menukilkan dari buku ‘May Day for justice’.

Justeru dalam isu yang sama, Puad turut menimbulkan persoalan adakah Tun M berbohong dan menyalahkan orang lain serta apa pula pendirian Lim Kit Siang dan Majlis Peguam ketika ini.

“Lim Kit Siang pernah menganjurkan di Parlimen pada tahun 1989 supaya semua ahli parlimen membaca buku ‘May Day for Justice’.

“Lim Chee Wee pula (bekas Presiden Bar Council) mendesak isu ini disemak semula. Tetapi kenapa sekarang diam?

“Apakah mereka juga menyokong bakal perdana menteri sementara Pakatan Harapan ini?, soalnya.

Sebagai rekod, Tun M juga menyalahkan pihak lain dalam beberapa isu ketika beliau menjadi perdana menteri antaranya seperti skandal forex yang menyebabkan Bank Negara Malaysia rugi lebih RM30 Bilion, isu Mamimco, MAS, Perwaja, tragedi Memali dan lain-lain lagi.


Demikianlah Artikel Tun M sanggup salahkan orang lain hingga tahap berbohong?

Sekianlah artikel Tun M sanggup salahkan orang lain hingga tahap berbohong? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun M sanggup salahkan orang lain hingga tahap berbohong? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/tun-m-sanggup-salahkan-orang-lain.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :