Tun Razak tidak minta Mahathir hancurkan Umno

Tun Razak tidak minta Mahathir hancurkan Umno - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun Razak tidak minta Mahathir hancurkan Umno, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun Razak tidak minta Mahathir hancurkan Umno
link : Tun Razak tidak minta Mahathir hancurkan Umno

Baca juga


Tun Razak tidak minta Mahathir hancurkan Umno

Tun Dr Mahathir Mohamad dibawa kembali ke pangkuan Umno untuk mengukuh, mempertahankan dan menjulangUmno di persada dunia, bukan menghancurkanmya.

Anak kedua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Nazifuddin berkata, Mahathir sanggup membelakangkan segala prinsip dan pencapaian yang dilakukannya selama 22 tahun menjadi perdana menteri dan presiden Umno.

“Mahathir sekarang sanggup bersekongkol dengan DAP dan menggadai maruah semata-mata untuk menjatuhkan Najib dan menjadi calon perdana menteri pakatan pembangkang.

“Tingkah laku, perbuatan dan kata-katadilemparkan Mahathir kepada Najibamat mendukacitakan, keterlaluan dan menyisihkan prinsip etika seorang bekas perdana menteri,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan isteri Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah, bahawa Mahathir tidak mungkin menjadi perdana menteri keempat jika bukan kerana (Tun Abdul) Razak mempersiapkannya.

Abdul Razak bertanggungjawab membawa Mahathir kembali menyertai Umno pada 1971 setelah disingkirkan keahlian Umno pada 1969 oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Katanya, perbezaan pendapat dalam politik adalah lumrah apatah lagi dalam urusan tadbir urus negara yangNajib warisi dari zaman pemerintahan Mahathir.

“Dalam konteks ini, sudah tentu Najib melalui zaman yang berbeza denganMahathir. Kehendak dan kemahuan rakyat juga berbeza mengikut peredaran waktu yang cukup pantas.

“Kita kini hidup dalam era kemajuan bidang teknologi dan ekonomi digital yang berkembang pesat.

“Tidak ada sebab Mahathir hendakterlalu marah terhadap Najib melainkan jika terselit agenda tersirat sebagaimana yang disebut-sebut sebahagian besar rakyat yang amat mengenali Mahathir,” katanya.

Katanya, jika benar Mahathir menghargai dan mengenang jasa Razak, lindungilah anaknya Najib.

“Najib telah melindungi Mahathirdalam mempertahankan jawatan Presiden Umno pada 1987 hingga membawa kepada krisis politik di mana Umno telah diharamkan pada 1988.

“Bentenglah Najib sebagaimana beliaumembentengi Mahathir dalam krisis politik negara pada 1998 sehingga mencetuskan gerakkan reformasi menjelang PRU10 pada1999,” katanya.

Katanya, andai Mahathir benar-benar menyayangi Razak, biarlah hidup umpama Allahyarham, bersama Umnohingga ke nafas terakhir.

“Mahathir, kembalilah ke pangkal jalan. Jalan yang Allahyarham rintis untukmu menjadi perdana menteri Malaysia keempat,” katanya.

The post Tun Razak tidak minta Mahathir hancurkan Umno appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tun Razak tidak minta Mahathir hancurkan Umno

Sekianlah artikel Tun Razak tidak minta Mahathir hancurkan Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun Razak tidak minta Mahathir hancurkan Umno dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/tun-razak-tidak-minta-mahathir.html

Subscribe to receive free email updates: