Zizan Razak Dapat 5 Pencalonan Awal AME 2018

Zizan Razak Dapat 5 Pencalonan Awal AME 2018 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zizan Razak Dapat 5 Pencalonan Awal AME 2018, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zizan Razak Dapat 5 Pencalonan Awal AME 2018
link : Zizan Razak Dapat 5 Pencalonan Awal AME 2018

Baca juga


Zizan Razak Dapat 5 Pencalonan Awal AME 2018

Pelawak dan pelakon Zizan Razak menerima lima daripada 16 kategori dalam pencalonan awal Top 20 Anugerah MeleTOP Era (AME 2018).

Pelakon filem Abang Long Fadil itu tercalon menerusi kategori Duo MeleTOP, Pelakon MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, dan Fesyen MeleTOP.

Sementara itu, Siti Nordiana, Alif Satar dan Nabil Ahmad pula masing-masing menerima tiga pencalonan awal Top 20.

Anugerah yang bakal bersiaran secara langsung pada 8 April depan di Axiata Arena, Bukit Jalil itu turut menyenaraikan beberapa nama baharu antaranya Wany Hasrita, Hannah Dalisha, Farah Nabilah, Floor 88 dan Shaa.

Manakala, bagi kategori Si Cilik MeleTOP turut menyaksikan anak selebriti antaranya Shaheizy Sam iaitu Syariv Samheizy, Yusof Iskandar (Hairul Azreen), Lara Alana (Awal Ashaari), dan Aaisyah Dhia Rana (Rozita Che Wan).

Sementara itu, Ketua Kandungan &Inovasi Astro, Namanzee Harris berkata, penganjuran kali kelima ini mengekalkan format asal bagi meraikan karya dan personaliti paling hit yang merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital sepanjang tahun 2017.

“Pengiktirafan yang diberi ini dapat memberi semangat untuk penggiat seni bagi menghasilkan karya yang lebih bermutu dan kerjaya seni mereka berkembang seiring dengan kemenangan dicapai,” ujarnya.

Senarai pencalonan Top 20 untuk 16 kategori yang disenarai pendek menerusi sesi penilaian tertutup oleh penal juri khas yang berpengalaman dalam industri hiburan tanah air.

Undian fasa pertama untuk menyenarai pendek lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal dibuka mulai 22 Januari hingga 23 Februari depan.

Manakala, fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir setiap kategori pula boleh dibuat menerusi laman web rasmi, aplikasi ERA dan Raku serta kiriman SMS bermula 6 Mac hingga 8 April pada pukul 12 tengahari.

AME2018 akan dihoskan oleh pengacara popular Nabil Ahmad dan Neelofa.

Peminat boleh mula mengundi bermula pada Selasa di http://ift.tt/2nbxPQv.

The post Zizan Razak Dapat 5 Pencalonan Awal AME 2018 appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Zizan Razak Dapat 5 Pencalonan Awal AME 2018

Sekianlah artikel Zizan Razak Dapat 5 Pencalonan Awal AME 2018 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zizan Razak Dapat 5 Pencalonan Awal AME 2018 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/zizan-razak-dapat-5-pencalonan-awal-ame.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :