link : Zizie dikurnia bayi kembar lelaki
Zizie dikurnia bayi kembar lelaki
PELAKON popular, Zizie Ezette selamat melahirkan bayi kembar lelaki seberat 2.74 kilogram (kg) dan 2.78 kg pada jam 5:48 dan 5:50 pagi, 29 Disember lalu.
Lebih bermakna, kakak kepada Shaheizy Sam ini menyifatkan kelahiran itu sebagai hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-39.
Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini di Instagramnya (IG), kira-kira setengah jam lalu.
“A birthday mommy with her two little precious EARLY birthday gifts!!,” katanya.
Sebelum itu, bintang filem Black Maria ini menjangkakan akan bersalin, pada hari ini.
“Mommy expected them to arrive today but they came by surprise via emergency C Section yesterday, 29th of December,” tulisnya.
Bagaimanapun, Zizie dan bayi kembarnya itu berada dalam keadaan sihat.
“Alhamdulillah, both are healthy babies. Terima Kasih yang tak erhingga kepada semua yang telah mendoakan saya,” luahnya sambil beserta #blessed #twinboys #happymom #birthdaymommy #30thdec #29thdec.
Zizie mendirikan rumah tangga bersama Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, 58, pada 2009.
The post Zizie dikurnia bayi kembar lelaki appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Zizie dikurnia bayi kembar lelaki
Anda sekarang membaca artikel Zizie dikurnia bayi kembar lelaki dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/zizie-dikurnia-bayi-kembar-lelaki.html