link : 10 tahun jadi orang Mesir
10 tahun jadi orang Mesir
Pada awal 1990-an, Azura Aziz, 45, dikenali dengan lagu Bukan Ku Tak Sayang Lagi.
Selepas berkahwin dengan jejaka berasal Kaherah, Mesir, Cheb Ali Masrawi, 45, penyanyi jelita itu berhijrah ke sana untuk bersama suami pada 2003.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Seiful Islam, 15, Safiyurrahman, 13, dan Nusratuddin, 3.
Selepas sedekad bermastautin di Mesir, Azura dan suami mengambil keputusan pulang ke Malaysia pada Disember tahun lalu.
“Kami pulang ke Malaysia tiga bulan lalu. Tujuan ke sana dahulu kerana mahu anak mengikuti pengajian hafazan al-Quran. Kini mereka sudah dapat ilmu di sana, sudah tiba masa untuk pulang.
“Lagipun, berada di Mesir seperti tidak lengkap. Kami tidak selesa selepas keadaan politik yang tidak stabil,” katanya tidak mahu perjudikan keselamatan anaknya.
Menurut Azura, tempat menarik di Mesir juga agak terhad untuk ketiga-tiga anaknya dan tidak seperti di Malaysia.
“Seronok saya tengok pembangunan di Malaysia. Ketika mula-mula balik, kami kerap sesat jalan kerana banyak jalan sudah berubah. Di Kuala Lumpur saja sudah ada banyak lebuh raya.
“Sepanjang masa kami terpaksa berhenti di tepi jalan untuk melihat arah jalan dan bergantung kepada aplikasi tunjuk arah,” katanya.
Pada masa sama, dia juga agak terkejut dengan barang mentah yang disifatkan mahal berbanding ketika menetap di Mesir.
Azura berkata, di Mesir anaknya bersekolah dalam pengajian tahfiz berlandaskan silibus Universiti al Azhar.
Sekembali ke tanah air, mereka mula mengikuti pembelajaran di sekolah kebangsaan di sini.
“Memang agak memakan masa untuk serasikan diri, tetapi syukur mereka sudah dapat selesakan diri. Mereka juga semakin suka makan di kantin sekolah sebab di Mesir, tiada kemudahan itu.
“Anak kedua saya juga sudah mula menjinakkan diri dalam sukan bola sepak,” katanya.
Ditanya mengenai aktiviti dilakukan sebaik kembali ke tanah air, Azura berkata, dia banyak membantu suaminya menjalankan perniagaan.
“Suami menjalankan perniagaan seni khat dikenali Cheb Ali Khat. Seni khat eksklusif ini dihasilkan melalui tempahan dalam talian. Kami juga menjalankan perniagaan kemeja-T bertulisan khat.
“Syukur sambutan agak menggalakkan, malah sudah ada tempahan dari Sabah dan Sarawak. Pada masa sama, suami juga mengadakan kelas bahasa Arab di pejabat milik sepupu saya di Bangi,” katanya.
Azura berkata, rakan artis seperti Black dan Anne Abdullah turut menempah seni khat itu daripada mereka.
Selain itu, Azura juga mula berniaga secara kecil-kecilan pada acara khas bersama persatuan artis tempatan terutama Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS) yang diketuai Anne.
Azura berkata, sejak pulang ke Malaysia, dia turut menerima tawaran mengadakan persembahan.
Namun, dia hanya memilih menerima tawaran sekitar Lembah Klang dan pada tempoh tertentu kerana tidak mahu meninggalkan anak terlalu lama.
Bagi peminat yang mahu mengikuti perkembangan terkini penyanyi ini, boleh ikuti Instagram @azuraazizofficial dan @khatbychebali.
The post 10 tahun jadi orang Mesir appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel 10 tahun jadi orang Mesir
Anda sekarang membaca artikel 10 tahun jadi orang Mesir dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/10-tahun-jadi-orang-mesir.html