Acts of Violence dedah realiti

Acts of Violence dedah realiti - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Acts of Violence dedah realiti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Acts of Violence dedah realiti
link : Acts of Violence dedah realiti

Baca juga


Acts of Violence dedah realiti

JENAYAH pemerdagangan manusia dan rasuah semakin menjadi-jadi, malah berlaku di mana sahaja sehingga terasa persekitaran yang didiami semakin tidak selamat.

Apatah lagi apabila pihak berkuasa sendiri seakan tidak mampu menyelesaikan masalah ini dan dikawal pihak terbabit menyebabkan semakin ramai remaja menjadi mangsa.

Itulah antara isu  yang cuba diketengahkan dalam Acts of Violance, filem arahan Brett Donowho yang memberipendedahan kepada masyarakat tentang konspirasi jenayah terancang ini.

Ia mengisahkan tiga beradik yang terpaksa berjuang di luar batas undang-undang demi menyelamatkan tunang salah seorang daripada mereka yang diculik penjenayah untuk tujuan pemerdagangan manusia.

Deklan dan Brandon, bekas tentera terpaksa bertindak sendiri untuk membantu mencari tunang Roman iaitu Mia setelah pihak polis yang diketuai Detektif James Avery gagal mencari penyelesaian.

Meskipun Avery merupakan seorang detektif senior yang cekap dan berpengalaman, namun banyak kes yang tidak dapat diambil tindakan kerana korupsi yang berlaku di peringkat pengurus teratas.

Sementara itu Max Livingston, penjenayah yang cukup licik dalam melaksanakan urusan perniagaan haramnya dengan mengawal pihak atasan polis menerusi aktiviti rasuahnya.

Secara keseluruhannya filem ini hanyalah filem biasa yang pernah kita lihat dari lambakan filem Hollywood lain.

Isu yang diketengahkan dalam filem ini sangat menarik, namun kelemahan dari segi jalan cerita dan pelaksanaan tidak sempurna membuatkan filem ini seperti serba tidak kena.

Babak awalnya berjalan agak perlahan dan mendatar sehingga penonton seperti tercari-cari hala tuju sebenar filem ini.

Banyak persoalan yang ditimbulkan tetapi tidak diselesaikan sehingga ke penghujung cerita membuat penonton tertanya-tanya perkara sebenar yang ingin ditunjukkan.

Malah babak aksi yang dinantikan daripada filem yang diklasifikasikan sebagai 18 ini juga tidak menonjol, malah sedikit membosankan dengan aksi yang terlalu biasa dan tidak menggambarkan kehebatan latar belakang karakter terbabit.

Untuk peminat Bruce Willis, aktor terkenal yang memegang watak sebagai polis ini hanya muncul dalam beberapa babak sahaja dan tidak banyak tampil dengan aksi yang diharapkan.

Bagaimanapun, filem ini masih boleh ditonton kerana banyak mesej-mesej menarik yang cuba disampaikan kepada masyarakat menerusi karakter-karakter yang ditampilkan.

Elemen kekeluargaan dan kesetiaan sangat jelas diangkat menerusi filem ini sehingga menyentuh emosi penonton.

The post Acts of Violence dedah realiti appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Acts of Violence dedah realiti

Sekianlah artikel Acts of Violence dedah realiti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Acts of Violence dedah realiti dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/acts-of-violence-dedah-realiti.html

Subscribe to receive free email updates: