ADAKAH SPIN MALAYSIAKINI DAN KENYATAAN MYDIN “KDNK KUKUH TAPI RAKYAT TIADA WANG” FAKTA ATAU AUTA? – TUN FAISAL

ADAKAH SPIN MALAYSIAKINI DAN KENYATAAN MYDIN “KDNK KUKUH TAPI RAKYAT TIADA WANG” FAKTA ATAU AUTA? – TUN FAISAL - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ADAKAH SPIN MALAYSIAKINI DAN KENYATAAN MYDIN “KDNK KUKUH TAPI RAKYAT TIADA WANG” FAKTA ATAU AUTA? – TUN FAISAL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ADAKAH SPIN MALAYSIAKINI DAN KENYATAAN MYDIN “KDNK KUKUH TAPI RAKYAT TIADA WANG” FAKTA ATAU AUTA? – TUN FAISAL
link : ADAKAH SPIN MALAYSIAKINI DAN KENYATAAN MYDIN “KDNK KUKUH TAPI RAKYAT TIADA WANG” FAKTA ATAU AUTA? – TUN FAISAL

Baca juga


ADAKAH SPIN MALAYSIAKINI DAN KENYATAAN MYDIN “KDNK KUKUH TAPI RAKYAT TIADA WANG” FAKTA ATAU AUTA? – TUN FAISAL

Portal berita pro-pembangkang Malaysiakini didakwa cuba memutar-belitkan kenyataan pengarah urusan hypermarket Mydin, Datuk Wira Ameer Ali Mydin.

Menurut Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Tun Faisal Ismail Aziz, laporan portal tersebut yang menyimpulkan rakyat Malaysia tiada wang kerana kurang berbelanja di hypermarket adalah tidak tepat.

Sebaliknya ujar beliau, sekiranya rakyat Malaysia benar-benar tiada duit tidak mungkin Mydin boleh merekodkan keuntungan sebanyak RM30 juta.

“Peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara bukan ditentukan oleh hypermarket semata-mata, tetapi oleh banyak sektor dalam negara.

“Walaupun pertumbuhan dalam sub-sektor hypermarket menguncup, namun Ameer ada menyebut bahawa, selepas Mydin Mohamed Holdings Bhd menjual SAM’s Groceria, sejumlah pasaraya mini, menghentikan operasi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan melaksanakan pemotongan kos yang sangat ketat secara besar-besaran, tidak mengambil pekerja baru dan tidak menaikkan gaji pekerja, baharulah Mydin memperolehi keuntungan semula sebanyak RM30 juta.

“Jika rakyat Malaysia benar-benar tiada wang, bagaimana Mydin boleh merekodkan keuntungan RM30 juta? Adakah keuntungan sebanyak RM30 juta ini hasil perolehan daripada rakyat Bangladesh, Indonesia, China, Korea atau warga asing yang lain?” soal Tun Faisal.

Memetik laporan The Edge, Tun Faisal menjelaskan kerugian yang dialami oleh syarikat tersebut bukanlah kerana rakyat Malaysia tiada wang.

Sebaliknya ujar beliau ia berpunca daripada strategi syarikat tersebut menyasarkan segmen yang salah dan gagal menarik sasaran untuk berbelanja.

“Sebenarnya Ameer boleh sahaja mengandaikan bahawa rakyat Malaysia sekarang lebih bijak dan berhati-hati dalam berbelanja. Mereka tidak membeli keperluan dan menyimpan stok seperti dulu.

“Kedua, persaingan sudah menjadi semakin sengit dan rakyat akan berbelanja di premis yang boleh menawarkan harga paling rendah,” katanya.

Selain itu katanya, rakyat Malaysia tetap berbelanja untuk memenuhi kehendak mereka dan akan berjimat cermat untuk memastikan mereka dapat memenuhi kehendak mereka.

“Jika diperhatikan dalam pasaran kereta, jualan kereta menunjukkan peningkatan, misalnya Perodua, meningkat 2.4% pada pertengahan tahun 2017, Honda, 19% pada tahun 2017 dan Mercedes meningkat 2.3% pada tahun 2017.

“Rakyat Malaysia juga berbelanja lebih RM6.8 bilion untuk membeli telefon bimbit sepanjang tempoh 2016 hingga 2017. Jumlah rakyat yang melancong di dalam dan ke luar negara serta menunaikan umrah juga meningkat setiap tahun. Pelancong domestik membelanjakan RM66.5 bilion sepanjang tahun 2016.

Tambah beliau, jumlah perbelanjaan rakyat Malaysia di luar negara juga meningkat kepada RM43.4 bilion pada tahun 2016 berbanding RM41.7 bilion pada tahun 2015 di samping jumlah rakyat negara ini yang melancong ke Jepun meningkat 400% daripada hanya 65,010 pada tahun 2009 kepada 322,683 sehingga Oktober tahun 2017.

Jumlah rakyat Malaysia yang pergi menunaikan umrah juga katanya meningkat, iaitu dari 80,000 pada tahun 2009 kepada 310,000 pada tahun 2016.

“Kesimpulannya, bukan soal rakyat tiada wang, tetapi selepas mendengar secara penuh wawancara tersebut dan menyemak semula prestasi Mydin, boleh dikatakan penetapan harga yang salah, kesilapan memilih model perniagaan, kesilapan memilih segmen dan kegagalan memenuhi citarasa segmen tersebut, dan kos operasi yang tinggi (gaji dan pengambilan pekerja) adalah punca Mydin Holdings merekodkan kerugian.

“Ternyata selepas Mydin membetulkan kesilapan-kesilapan itu, mereka tetap merekodkan keuntungan RM30 juta.

“Tanpa analisis, memang dijangkakan Malaysiakini dan portal berita pro Pakatan akan mengambil kesempatan ke atas kenyataan-kenyataan seperti ini dan hampir sahaja BFM berjaya melagakan Ameer dan Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Mujurlah Ameer bijak menjawab,” katanya.


Demikianlah Artikel ADAKAH SPIN MALAYSIAKINI DAN KENYATAAN MYDIN “KDNK KUKUH TAPI RAKYAT TIADA WANG” FAKTA ATAU AUTA? – TUN FAISAL

Sekianlah artikel ADAKAH SPIN MALAYSIAKINI DAN KENYATAAN MYDIN “KDNK KUKUH TAPI RAKYAT TIADA WANG” FAKTA ATAU AUTA? – TUN FAISAL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ADAKAH SPIN MALAYSIAKINI DAN KENYATAAN MYDIN “KDNK KUKUH TAPI RAKYAT TIADA WANG” FAKTA ATAU AUTA? – TUN FAISAL dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/adakah-spin-malaysiakini-dan-kenyataan.html

Subscribe to receive free email updates: