link : Adam Hamid pulih dari jangkitan kuman paru-paru
Adam Hamid pulih dari jangkitan kuman paru-paru
KEADAAN kesihatan pelakon dan pengarah, Adam Hamid, 45, semakin pulih selepas mengalami jangkitan kuman paru-paru Julai tahun lalu.
Adam sebelum ini pernah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan mengalami penurunan berat badan drastik, kira-kira 20 kilogram (kg).
Pelakon yang pernah membintangi filem Pontianak Harum Sundal Malam ini berkongsi perkembangan terbarunya menerusi akaun Instagram miliknya, di mana beratnya kini mencecah 58 kg dari 44 kg awal Januari lalu.
“Alhamdulillah pipi dah semakin tembam,” tulisnya diikuti tanda pagar #TqAllah.
Terdahulu, selebriti yang pernah mengarah drama fantasi seperti Duyung Aridinata, Sumpah Bunian dan Julia Juli Bintang Tiga ini pernah meluahkan rasa syukur apabila diberi kesempatan untuk terus hidup.
“Yang penting syukur sangat kerana diberi peluang kedua, mengikut kata doktor saya sudah hampir tiada kerana lewat datang ke hospital dan kuman sudah memenuhi paru-paru,” ujarnya.
The post Adam Hamid pulih dari jangkitan kuman paru-paru appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Adam Hamid pulih dari jangkitan kuman paru-paru
Anda sekarang membaca artikel Adam Hamid pulih dari jangkitan kuman paru-paru dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/adam-hamid-pulih-dari-jangkitan-kuman.html