‘Adik comel dah tak ada’

‘Adik comel dah tak ada’ - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Adik comel dah tak ada’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Adik comel dah tak ada’
link : ‘Adik comel dah tak ada’

Baca juga


‘Adik comel dah tak ada’

Kematian seorang kanak kanak berbangsa Cina, berbadan gempal yang sering kelihatan bersama abangnya merayau-rayau sekitar pekan Bahau, bagaikan satu kehilangan buat masyarakat Jempol amnya di Bahau.

Mana tidaknya, mendiang tidak lokek melemparkan senyuman, selain perwatakannya sering mencuit hati dan sesekali pernah dilihat bersama puting di tangannya.

Namun kebelakangan ini, masyarakat digemparkan pelbagai status di laman Facebook yang mula tular berhubung kanak-kanak ini yang telah meninggal dunia.

Usaha Sinar Harian mendapatkan ulasan keluarganya tidak berjaya, apabila mereka tiada di rumah di Kampung Batu Bakar, Bahau.

Walau bagaimanapun, Ketua Kampungnya, Steven Chong sedia maklum berhubung tular berkenaan.

Steven berkata, ibu bapa kanak-kanak ini bukannya asal golongan senang, selain anak sulung pasangan itu juga adalah Orang Kurang Upaya (OKU).

“Mereka sering kelihatan di pekan Bahau merayau-rayau mencari kotak yang tidak digunakan untuk dijual untuk bantu ibu bapa.

“Manakala adiknya (mendiang) berusia enam tahun, disahkan meninggal dunia pada hari ketiga sambutan Tahun Baharu Cina akibat sesak nafas, selain ada masalah jantung.

“Pada awalnya, keluarga ini mendapatkan rawatan di klinik swasta, namun dinasihatkan ke hospital susulan keadaannya tenat,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Steven berkata, keluarga berkenaan memaklumkan kejadian itu kepadanya, namun mendiang gagal diselamatkan dan akhirnya meninggal dunia.

“Mendiang baru berumur enam tahun, tapi dia sudah dikategorikan sebagai obesiti.

“Kita simpati dengan keluarga ini, malahan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sini, ambil perhatian mengenai keluarga ini,” katanya.

The post ‘Adik comel dah tak ada’ appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel ‘Adik comel dah tak ada’

Sekianlah artikel ‘Adik comel dah tak ada’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Adik comel dah tak ada’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/adik-comel-dah-tak-ada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :