Agih kerusi: Azmin sedang gunakan kuasa di Selangor, dakwa penganalisis

Agih kerusi: Azmin sedang gunakan kuasa di Selangor, dakwa penganalisis - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Agih kerusi: Azmin sedang gunakan kuasa di Selangor, dakwa penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Agih kerusi: Azmin sedang gunakan kuasa di Selangor, dakwa penganalisis
link : Agih kerusi: Azmin sedang gunakan kuasa di Selangor, dakwa penganalisis

Baca juga


Agih kerusi: Azmin sedang gunakan kuasa di Selangor, dakwa penganalisis

SHAH ALAM: Seorang penganalisis politik mendakwa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sedang menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar Selangor dalam menentukan agihan kerusi DUN negeri itu.

Edwin Michael Muniandy malah menganggap, Timbalan Presiden PKR itu mahu membuktikan bahawa diri serta partinya yang berkuasa dalam menentukan kerusi-kerusi tersebut sehingga sanggup mengenepikan pendirian rakan parti komponennya yang lain.

"Apabila Azmin keluarkan kenyataan bahawa 80% agihan kerusi sudah dibuat dan sebagainya, itu menunjukkan siapa sebenarnya yang berkuasa dalam konteks Selangor buat masa sekarang.

"Harus dilihat Azmin sebagai Menteri Besar (Selangor) mungkin dia melihat bahawa dia mempunyai kuasa atau autonomi atau 'status-quo' untuk menentukan agihan kerusi.

"Ini bukan tentang Amanah atau DAP tetapi lebih kepada PKR, dan PKR ini pula siapa yang mendominasi dan siapa yang mengeluarkan kenyataan itu, dia adalah Azmin dan saya lihat Azmin membuat kenyataan ini atas kapasiti bukan sebagai Timbalan Presiden PKR tetapi atas kapasiti sebagai Menteri Besar Selangor," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Semalam, Azmin bertegas tiada jawatankuasa khas yang akan ditubuhkan seperti yang diumumkan Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa hari lalu.

Menurut Azmin, hanya nama jawatakuasa iaitu 'Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri Selangor’ akan ditukar kepada ‘Jawatankuasa Pengagihan Kerusi’ disamping mengekalkan ahli jawatankuasa yang sama.

Malah Azmin yang juga timbalan presiden PKR menegaskan jawatankuasa itu telah bertemu sebanyak empat kali untuk membincangkan rundingan kerusi dan 80 peratus kerusi telah dimuktamadkan.

Beliau kemudian turut menyelar rakan parti komponennya, Amanah dengan berkata parti itu berbohong kerana mendakwa rundingan kerusi ditunda sebelum ini.

Mengulas lanjut, Edwin turut meluahkan rasa 'pelik' apabila tiada sebarang kenyataan balas dikeluarkan oleh PPBM sehingga ke hari ini berhubung isu berkenaan.

Ujarnya, pendekatan yang diambil PPBM ketika ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa parti itu sedang bersekongkol dengan Azmin dalam usaha untuk memuktamadkan perihal agihan kerusi di Selangor sesama mereka sahaja.

"Saya sebenarnya menjangkakan mungkin ada kenyataan daripada PPBM bila isu ini timbul, namun tidak ada sampai sekarang ini kenyataan daripada PPBM terutamanya Rais Hussin iaitu Pengarah Strategik PPBM.

"Saya percaya mungkin Azmin dan PPBM berpakat untuk menetapkan agihan kerusi di Selangor dan mungkin dalam konteks ini DAP dan Amanah tidak dilibatkan langsung," ujarnya lagi.

Rundingan kerusi PH di Selangor dilaporkan menemui jalan buntu ekoran perbezaan pendapat di antara PKR dan tiga lagi parti komponen di dalam gabungan itu.

Amanah, DAP dan PPBM dikatakan enggan membuat rundingan kerusi dalam jawatankuasa pilihanraya negeri Selangor dan kemudian menggesa suatu jawatankuasa lain dibentuk.

Menurut ketiga-tiga parti itu, jawatankuasa pilihanraya negeri yang dipengerusikan ADUN Sri Andalas daripada PKR, Dr Xavier Jayakumar tidak mempunyai mandat bagi merundingkan kerusi.


Demikianlah Artikel Agih kerusi: Azmin sedang gunakan kuasa di Selangor, dakwa penganalisis

Sekianlah artikel Agih kerusi: Azmin sedang gunakan kuasa di Selangor, dakwa penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Agih kerusi: Azmin sedang gunakan kuasa di Selangor, dakwa penganalisis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/agih-kerusi-azmin-sedang-gunakan-kuasa.html

Subscribe to receive free email updates: